"EEE, COMELNYA ANAK BABAH NI! NGAP! NGAP!"
Pipi merah Arwa menjadi mangsa gomol Riyyadh. Rasanya sudah hampir satu jam dia digomol oleh babahnya itu. Waktu mula digomol bolehlah bayi comel itu gelak dan memberi reaksi. Ini dah lebih lebih, Arwa pun dah penat nak melayan.
Kesudahannya, Riyyadh yang menggomol, Riyyadh jugalah yang ketawa mengekek.
"Aiii, akulah budak comel ni!" Riyyadh mengagah Arwa dan akhirnya gelak bayi itu kedengaran juga.
"Siapa anak babah yang comel, angkat tangan! Hiyahhh!" Tangan kecil Arwa diangkat ke udara.
"Yeayyy! Arwa angkat tangan!" Sekali lagi pipi Arwa menjadi mangsa gomol Riyyadh. Geram sangat! Nak gomol ibu Arwa, ibunya tengah berpantang, jadi gomol anaklah jawabnya.
Namun, tiba-tiba gelak tawa Arwa menjadi rengeken kecil yang bertukar tangisan.
Kalut Riyyadh memujuk dan menepuk punggung comel Arwa. "Allah, kenapa menangis ni, Arwa sayang? Shh, shh, Arwa anak babah yang hensem, tak nak nangis sayang..."
Pujukan Riyyadh membuatkan Rafael yang baru tiba di situ hampir termuntah pelangi.
Aku baru balik kerja penat penat, dah kena dengar pujian gila macam tu. Eeee!
Kutuk Rafael di dalam hati.
"Kau pujuk anak ke kau puji diri sendiri? Makin melalaklah budak tu." Tempat duduk diambil berhadapan dengan Riyyadh. Tangan dibawa bersilang pada dada.
Keningnya terangkat apabila dijeling tajam oleh Riyyadh.
"Diamlah kau. Dengar suara kau, lagi melalak anak aku ni." Bidas Riyyadh yang tidak mahu mengalah.
"Elehhh, anak kau tu pun dah penat nak melayan kau. Bawak pergi kat mak dia lah. Nak susu tu."
"Aku nak pergilah ni. Tak payah nak ajar." Riyyadh menarik mimi muka menyampah dan Rafael menayangkan jari tengah kepadanya.
"Dah jadi bapak pun bodoh!" Kutuk Rafael sebelum memejamkan mata di atas sofa empuk itu.
Riyyadh yang mengendong Arwa kini sudah tiba di tingkat atas. Pintu bilik dibuka perlahan.
Aisya yang sedang diurut oleh Safiyah terus menoleh ke arah pintu bilik. Begitu juga Safiyah. "Ha kenapa tu, Iyad?"
"Arwa menangis, rasanya nak menyusu ni." Jelas Riyyadh sambil menghampiri. Wajahnya tenang namun dari ekor mata, dia mengerling Aisya yang sedang membetulkan ikatan kain batik pada dadanya.
"Lah, lapar lah tu. Tak apa, Mummy turun sekejap. Bagilah Arwa menyusu dulu. Kesian dia."
"Ya, Mummy." Sahut Riyyadh.
"Mummy turun dulu tau. Nanti minyak tu dah kering, Aisya mandi ya?"
Giliran Aisya pula menyahut. "Baik, Mummy. Terima kasih urutkan Aisya."
"Ya sayang. Sama-sama." Langkah Safiyah terhenti apabila Riyyadh menahan.
"Mummy..."
"Apa dia? Anak dah menangis tu, jangan nak mengada, Iyad." Tegas Safiyah berpesan. Adalah tu yang dimahukannya kalau suara dah meleret macam tu.
"Ajarlah Iyad mengurut jugak, lepasni biar Iyad sajalah yang urut Aisya." Bersama wajah yang nakal, Riyyadh mengangkat kening mencabar Safiyah.
Pap!
"Sst! Aduh, Mummy!" Terpejam matanya saat tapak tangan itu melekap padu pada tengah belakangnya.
"Tak payah nak mengada! Nanti jadi lain kalau kamu yang mengurut!"
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...