SEJAK seminggu yang lepas, di mana Aisya menerima lamaran Riyyadh, kesihatan lelaki itu semakin bertambah baik dan beransur pulih.
Sehinggakan seluruh ahli keluarganya naik pening melayan kerenah Riyyadh yang pelbagai ragam itu.
Sepanjang berada di hospital, sifat mengadanya semakin menjadi-jadi.
Setiap waktu merengek meminta untuk pulang. Katanya tak sabar nak kahwin. Tak nak lama-lama dekat hospital. Tak suka!
Dan yang paling menjengkelkan, setiap kali hendak makan, hanya mahu disuap oleh Aisya sahaja. Kalau gadis itu tidak ada, mulalah buat perangai meminta kaki! Mogok tidak mahu makan. Bercakap pun tidak mahu. Padahal, Aisya bukannya menghilang ke mana. Gadis itu hanya pergi menunaikan solat dan membersihkan diri sahaja. Dan selebihnya, dia setia melayan setiap kerenah gedik Riyyadh yang melampau-lampau itu.
Sehingga, ada satu ketika itu, hampir sahaja Rayden naik angin.
Ada ke patut Riyyadh menengking doktor yang bertugas merawatnya itu kerana mengarahkan Aisya untuk keluar semata-mata kerana mahu Riyyadh berehat?
Alamatnya, kena maki lah doktor tersebut. Habis segala ugutan dan cacian yang Riyyadh lemparkan. Terpaksalah Rayden menebalkan muka memohon maaf.
Bikin malu sahaja!
Haih, Riyyadh!
Disebabkan perangainya itulah, akhirnya dia dibenarkan discaj awal sebelum waktu yang sepatutnya.
Kerana di dalam diam, Riyyadh mengugut keras doktor yang merawatnya untuk membenarkan dia pulang dan mendapatkan rawatan yang selebihnya di rumah.
Akur dan gerun dengan ugutan itu, kini Riyyadh sedang tersenyum lebar di atas katil bilik tidurnya sambil menjamah makanan yang dimasak oleh Aisya. Dan semestinya, disuap oleh gadis itu juga.
Gembira ya Riyyadh?
Bahagia sangat tu.
"Flower..." Rengekan Riyyadh menghentikan pergerakan Aisya yang sedang menggaul nasi dengan sup ayam.
"Iya? Tuan nak apa-apa ke?" Lembut gadis itu menyahut.
"Haah."
"Tuan nak air ke?"
Geleng.
Aisya sedikit berkerut. "Tuan nak hirup sup?"
Geleng.
Aik, habistu mamat ni nak apa?
Senyuman yang nakal terbentuk pada wajah Riyyadh.
"Hubby nak flower boleh?"
Bersahaja dan tanpa segan ayat itu meniti.
Namun, Aisya pula yang naik segan. Pantas dia menggeleng.
"Alaaa, kenapa tak boleh?"
Membahang wajah Aisya. "Sebab...kita belum kahwin lagi."
"Ha! Kalau macam tu, jomlah kahwin sekarang. Hubby tak sangguplah nak tunggu lagi sebulan. Hubby nak peluk flower puas-puas."
"Nanti---"
Kata-kata Aisya mati apabila ada suara yang menjerkah.
Yang pastinya, jerkahan itu ditujukan buat Riyyadh. Bukan dirinya.
"Jangan nak mengada! Nak aku sepak ke apa?! Sebulan tu bukannya lama, pejam celik dah cukup sebulan!"
Rayden mengatur langkah menghampiri mereka. Sambil di belakangnya diekori Safiyah.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...