DUA nafas yang hangat bercantum menjadi satu.
Tenggelam di dalam lubuk asmara yang menghanyutkan.
Berkasih di dalam arus kencang yang membadai jiwa. Seakan dunia hanya milik berdua.
Kasih sayang dan cinta dibuktikan. Menyerahkan diri sebagai tanda rela.
Dalam.
Hangat.
Menyesakkan dada.
Hebatnya asmara yang dicipta sehingga hampir meragut kewarasan akal.
Tubuh bawah Aisya semakin ditekan dengan lagak yang penuh kuasa. Menakluki setiap kelopak indah yang dimiliki dari sang bunga itu.
Sehingga air mata sang bunga itu mengalir. Bukan kerana sakit yang dirasa, tetapi kerana kenikmatan yang dikecapi.
Syurga yang indah buat pasangan sejiwa itu.
Membelai antara satu sama lain dengan kasih sayang yang membuak-buak,
Melepaskan segala rasa yang terbuku di hati,
Mengkhayalkan Riyyadh. Mendorong kegilaannya.
Aisya memeluk erat batang leher Riyyadh. Kemudian, anak matanya menyorot jatuh ke arah leher dan wajah Riyyadh yang berkeringat hangat. Lalu, keringat itu dikesat lembut. Memancing perhatian Riyyadh.
Tautan nafas mereka diputuskan.
Mulut Aisya serta-merta terbuka mencari nafas yang hilang.
Begitu juga Riyyadh. Sama-sama mengatur nafas yang lelah. Setelah reda, pandangan mereka bertaut.
Sang bunga menguntumkan satu senyuman yang cantik buat sang kekasih.
Menjentik kembali naluri kelelakian Riyyadh yang berkocak meminta untuk dilunaskan.
Di dalam diam, Riyyadh menghayati ciptaan indah yang tersaji di hadapan matanya.
Begitu sempurna untuk melengkapi dirinya yang serba kekurangan ini.
Cantik.
Pujian buat sang bunga yang berjaya menakluki hatinya sehingga dia gila.
Gila mencintai sang bunga itu.
Gila untuk memiliki sang bunga itu.
Gila untuk mempertahankan sang bunga itu.
Gila akan Aisya.
Riyyadh membawa wajah mereka mendekat. Lalu, dahinya disandarkan pada dahi mulus Aisya. Sama seperti Aisya, dia juga turut menarik satu senyuman yang kacak.
Kemudian, sebuah kucupan yang mesra dilabuhkan pada pipi gadis itu.
Membiarkan waktu berdetik mencipta kesunyian di antara mereka.
Setelah beberapa ketika, Riyyadh akhirnya bersuara. Memecahkan tembok kebisuan itu.
"Riyyadh cintakan Aisya."
Romantis butir bicara itu disusun.
Terbit dari lubuk hatinya yang ikhlas.
Ikhlas mencintai Aisya.
Ikhlas menyayangi Aisya.
Ikhlas menawarkan diri untuk menjadi pelindung yang gagah buat Aisya.
Serta ikhlas mempertaruhkan nyawanya untuk memastikan Aisya sentiasa selamat di dalam jagaannya.
Semakin lama, cinta itu menggebu.
Dibiaskan melalui tatapan mata.
Kerana, dari mata akan turun ke hati.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...