Mrs.Danish Miqdad : His Fallen Angel
______________________________________
"Kau pandai jaga budak?" -𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇
"InshaAllah saya akan cuba. Lagipun saya pun ada adik kecil yang hampir sebaya dengan anak encik." -𝐀𝐔𝐑𝐀
"Baguslah kalau macam tu. Tapi, aku nakkan kepastian lagi. Jawapan kau tak meyakinkan aku. Ermm...kau pandai jaga bapak budak tak?" -𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇
"Hah? Bapak budak?" -𝐀𝐔𝐑𝐀
𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐀𝐑 𝐌𝐈𝐐𝐃𝐀𝐃,
Berfoya-foya adalah hobinya. Lebih-lebih lagi di kelab malam. Kebanyakan wanita yang pernah ditiduri oleh lelaki itu semuanya adalah kelas atasan. Lekuk tubuh sempurna yang pasti. Namun, Adeera Qistina yang setia menjadi ratu hatinya. Mengubah Danish ke arah cahaya yang menyuluh kisah cinta mereka. Tetapi, ujian akan sentiasa diturunkan saat hati mula mengecap bahagia. Adeera dijemput pergi setelah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka. Kehilangan wanita itu mengembalikan Danish yang dahulu. Danish yang dikenali di dalam dunia hitamnya.𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐘𝐈𝐃𝐃𝐀𝐇,
Cantik, bijak dan petah berkata-kata. Tidak ada hari di mana gadis itu tidak akan tersenyum. Turunlah sehebat manapun dugaan kepada gadis bertubuh kecil itu, iman serta takwa yang kukuh di jiwa menjadi kekuatan untuk gadis berusia 22 tahun itu. Dia yang merupakan seorang mahasiswa terpaksa melakukan pelbagai kerja sambilan demi menyara kehidupannya sebagai pelajar dan juga demi membantu keluarga kecilnya di kampung. Takdir menemukan dia dan Danish. Bermula dari perbahalan kecil, bertukar menjadi status majikan dan pekerja.Namun, sesebuah hubungan itu tidak akan pernah terlepas dari ujian. Didatangkan di dalam bentuk Nur Sakinah iaitu orang gaji Danish yang sudah bertahun menyimpan perasaan terhadap lelaki itu.
Cinta, air mata dan gelak tawa bakal mengiringi kisah ini.
"𝐒𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮."
______________________________________
Saya selang seli update dengan Zikri ya, btw awak awak semua boleh check story Danish ni profile saya❤️
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...