ALUNAN zikir yang merdu dan berirama lembut meniti dari sepasang bibir merah merekah milik Aisya.
Rutinnya sebagai seorang tukang cuci pinggan di sebuah kedai makan telahpun berakhir.
Jadi, ketika ini Aisya sedang berjalan pulang ke rumah sewanya.
Waktu menunjukkan hampir setengah jam lagi menginjak ke angka 12 malam. Masih tenang Aisya mengatur langkah meskipun di hatinya ada terselit cebisan ketakutan kerana hanya dia sahaja bersendirian meredah lorong yang gelap dan suram itu.
Demi kelangsungan hidup, hati terpaksa dicekal kuat dan bersedia menghadapi segala rintangan yang telah diatur di hadapannya kelak.
Kerana inilah dunia yang penuh cabaran buat Aisya.
Ketabahan dan kesabaran. Dua perkara itu dipupuk di dalam jiwa agar dia sentiasa kuat untuk menempuh jalan hidupnya yang masih panjang.
Seperti sekarang. Situasi yang mencemaskan buat Aisya.
Di tengah lorong itu, langkah Aisya terpaku apabila dari jarak yang jauh, matanya mengesan sekumpulan lelaki yang sedang melepak bersama beberapa orang gadis sambil bercumbu mesra dengan nafsu yang ghairah dan khayal. Tenggelam di dalam arus dosa yang melalaikan.
Aisya yang melihat itu, tanpa berlengah lagi, terus memusingkan badan dan berpatah semula ke arah belakang. Dia rela mengambil jalan yang jauh untuk tiba ke rumah dari terpaksa berhadapan dengan kumpulan remaja tersebut.
Berbekalkan potongan doa pelindung yang dibaca di dalam hati, kaki dihayun laju sambil beg kecil yang digalas pada bahu dipeluk erat dan rapat ke dada.
Aisya terus berlari sehingga dia berjaya keluar dari lorong gelap tersebut dan akhirnya tiba di sebuah jalan yang besar.
Kali ini, nasib berpihak kepada Aisya.
Namun demikian, firasat Aisya masih belum tenang sepenuhnya.
Naluri gadis itu kuat mengatakan ada seseorang sedang mengekori setiap gerak gerinya dari arah belakang.
Justeru itu, Aisya berpura-pura jalan seperti biasa sambil tangannya menyeluk ke dalam beg kecilnya lalu membawa keluar sebuah pisau lipat kecil yang sentiasa dibawa bersama untuk kegunaan situasi seperti ini.
Di samping itu, senjata utama yang digunakan Aisya untuk mempertahankan dirinya selain dari pisau itu adalah doa. Senjata paling kuat bagi Aisya.
Doa agar perjalanannya di malam itu akan selamat tiba sehingga ke rumahnya.
Bibir kuat dikemam. Nafas juga dalam ditarik.
Tidak betah menunggu lagi, Aisya terus berlari semberono untuk melintasi jalan besar tersebut tanpa melihat pada kanan dan kirinya dahulu.
Larian Aisya yang secara tiba-tiba itu, mengakibatkan sebuah motorsikal yang ditunggang laju dari arah bertentangan hampir hilang kawalan dan hampir merempuh Aisya jika tiada seseorang yang sempat menarik badan gadis itu ke belakang.
PINNNNNN!!!
Hon yang berbunyi panjang seiring dengan tarikan yang kuat pada pinggang Aisya melumpuhkan segala rangsangan yang sepatutnya bertindak balas menghantar isyarat pada minda gadis itu untuk mengelak dari rempuhan tersebut.
DUM!
Seiring itu juga, Aisya dan lelaki misteri itu tergolek ke atas bahu jalan di mana badan Aisya jatuh menimpa di atas badan kekar lelaki yang telah menyelamatkannya tadi.
"WOI! GILA KE?!" Hambur penunggang motorsikal itu sebelum menderum laju meninggalkan mereka berdua sambil menyumpah seranah. Barangkali penunggang itu adalah samseng jalanan yang sedang berlumba secara haram di jalan tersebut.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...