🥀BAB - 21

31.6K 1.1K 111
                                    

RENUNGAN Aisya jauh ke hadapan. Menembusi lapisan udara. Membawa jiwanya menerobos zarah-zarah halus yang berkeliaran.

Lamaran Riyyadh masih terngiang-ngiang di telinga. Menambah beban yang sukar untuk dipikul pada bahunya.

Kembali menjadi isteri kepada lelaki itu?

Tidak pernah terlintas di fikiran Aisya.

Hatinya memang nyata mencintai Riyyadh, namun akalnya menidakkan perkahwinan untuk kali kedua.

Perubahan Riyyadh jelas menunjukkan keikhlasan yang dipamerkan oleh lelaki itu.

Tetapi keraguan Aisya menjengah kembali. Memikirkan hari-hari yang bakal mendatang jika statusnya sebagai isteri kembali dipegang.

Helaan nafas yang dalam dilepaskan.

Rimbunan nan menghijau yang terbentang luas di hadapan mata menjadi saksi kebuntuan Aisya.

"Benarkah dia mencintai aku? Atau sekadar nafsu semata-mata?"

Persoalan-persoalan yang meluncur keluar dengan perlahan.

Wajah menunduk menekur ke tanah. Kaki yang bergantungan dihayun perlahan ke hadapan dan ke belakang.

Detik demi detik...

Masa kian berlalu...

Hampir satu jam Aisya menenangkan diri di taman yang sunyi itu.

Mencari jawapan buat dirinya sendiri.

Sehingga tanpa disedari, di dalam satu jam itu, Riyyadh setia memerhatikan Aisya dari jarak yang sedikit jauh.

Berkeras meninggalkan bilik rawatan kerana bimbang andai Aisya menghilang dari pandangannya lagi.

Mujur, Aisya hanya berada di sekitar taman hospital yang didiaminya. Lega apabila gadis itu masih ada.

Langit yang bertukar mendung ditatap seketika. Rintik gerimis juga mula mengundang.

Namun, Aisya masih tidak berkutik dari tempat duduknya.

Mendorong Riyyadh untuk memunculkan diri.

Sekali lagi, lelaki itu melutut dihadapan Aisya Qhaisarah Rose. Merendahkan egonya serendah yang mungkin demi bunga yang memekar di hatinya itu.

Kemunculan Riyyadh menerbangkan lamunan Aisya. Tersentak dengan kehadiran lelaki itu yang secara tiba-tiba.

Merenung pada wajah tampan yang sedang tersenyum penuh indah di hadapannya.

Tiada apa-apa yang hendak dibicarakan sehingga suara garau Riyyadh meruntuhkan keheningan yang tercipta itu.

"Dah nak hujan, mari masuk. Nanti flower jatuh sakit."

Aisya menggeleng kecil. Bayu dingin yang bertiup membawa angin yang sejuk membaluti tubuh mereka.

"Aisya...nak duduk sini sekejap." Sejurus itu, mata Aisya kembali terhala ke bawah. Menekur rumput yang menghijau.

Lalu, tindakan Aisya mencuit hati Riyyadh. Wajah ditelengkan sedikit. Cuba mengintai sang bunga itu.

Setelah itu, senyumannya terbit lagi.

Tahu bahawa gadis itu segan untuk memandangnya. Lagi-lagi setelah peristiwa pagi tadi.

Oleh itu, sesi pujuk memujuk pun bermula.

"Flower marahkan hubby?"

Aisya memanggungkan kepala. Membalas renungan Riyyadh yang syahdu itu. Redup dan kuyu.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now