🥀BAB - 15

26.8K 1.1K 123
                                    

BULU-BULU halus yang menyapa lembut pada wajah Riyyadh menganggu tidurnya yang nyenyak itu.

Dengan rasa kantuk yang masih ada, perlahan-lahan mata dicelikkan.

Mata yang pada mulanya sepet menjadi bukaan yang luas apabila melihat seekor makhluk berbulu berwarna putih yang elok mengambil tempat di atas tubuhnya.

Tubuh yang bersandar pada pagar rumah Aisya kini mula tegak bersila.

Serta-merta senyuman yang kacak menghiasi wajah tampan Riyyadh.

"Meow~~~"

"Uteh ya? Hmm?" Suara serak Riyyadh menjengah. Bawah dagu Uteh digaru manja.

Ya, dia kenal kucing ini. Kucing peliharaan Aisya. Kucing yang sangat disayangi oleh bunganya itu.

"Meow~~~meow~~~" Dengan manja, Uteh melentokkan kepalanya di atas peha Riyyadh. Selesa dibelai begitu. Sama seperti di dalam belaian Aisya.

Terletus tawa Riyyadh melihat gelagat Uteh yang mencuit hati.

"Kau pun rindu Aisya ya?" Riyyadh tersenyum lemah. Helaan nafas yang berat dengan rasa rindu dilepaskan.

"Aku pun rindu Aisya. Aku rindu dia sangat-sangat. Tapi, aku buntu. Aku tak tahu mana nak cari dia. Aku...aku lemah tanpa dia...aku cintakan dia..."

Riyyadh mendongak merenung langit yang luas terbentang.

Langit yang membuktikan betapa hebat dan agungnya kuasa Yang Esa sehingga tiada siapa pun tahu di mana letaknya penghujung langit tersebut.

Sudut mata Riyyadh menitiskan sebutir air mata yang jatuh menimpa wajahnya.

Tubuh Riyyadh kembali tersandar lemah pada pagar rumah Aisya.

Rasa hiba yang berasak-asak ingin dilepaskan dari dalam dadanya sudah tiada daya untuk dihalang lagi. Sehingga akhirnya, tangisan lelaki itu kembali pecah meruntuhkan suasana yang sepi dan hening itu.

Kepalanya tertunduk ke bawah. Aliran air mata juga semakin deras mengalir turun seperti tiada tanda untuk berhenti.

Begitu kuat sekali Riyyadh menangis.

Tanpa segan,

Membuang jauh egonya sebagai seorang lelaki yang gagah dan perkasa.

Meletakkan ke tepi pemikiran rata-rata manusia bahawa lelaki itu kuat dan tidak seharusnya menangis,

Kerana kekuatan sebenar kaum Adam datangnya dari kesabaran kaum Hawa yang menjadi tulang belakangnya.

Apabila hilangnya 'tulang belakang' itu, maka pudarlah tiang kekuatan bagi setiap kaum Adam.

Seperti Riyyadh.

Yang hilang arah tujunya kerana Aisya.

Tidak lagi seperti Riyyadh yang dahulunya begitu gagah, sasa dan tidak akan pernah menitiskan air matanya demi seorang wanita.

Namun berbalik dengan keadaannya pada masa ini.

Lemah,

Tidak berdaya,

Dan air matalah yang setia menjadi peneman hidupnya.

Senyuman yang lemah dan tidak berdaya terukir tanpa dipinta. 

"Aku rela tunggu kau, flower...walaupun untuk seribu tahun lagi..."


















🥀🥀🥀

KERINGAT yang bercucuran membasahi dahi dan wajah dikesat kasar. Begitu juga dengan air mata yang tidak putus mengalir.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now