JARI runcing Aisya bergerak mengusap rambut tebal Riyyadh. Tubuh sasa yang enak beradu mimpi di dalam posisi meniarap itu diselimut sehingga ke paras pinggang. Kemudian, bibir merah jambu itu bergerak melepaskan sebuah kucupan lembut pada kepala Riyyadh.
Lena sungguh tidur sang arjuna kesayangannya itu. Lelah setelah mengharungi ombak asmara yang begitu memabukkan.
Terkenangkan rutin setiap malam mereka itu, Aisya tersenyum tawar. Lenguh segenap anggota tubuh wanita itu. Selepas Isyak, gian nafsu Riyyadh ditunaikan. Jika Aisya menolak, baran Riyyadh akan menjadi-jadi. Sehingga dengan anak-anak juga, cemburu suaminya itu langsung tidak berasas.
Yang sejujurnya Aisya letih. Seharian menguruskan anak-anak seorang diri sambil menjalankan tanggungjawabnya sebagai suri rumahtangga. Ada kalanya, anak-anak akan memberontak dan meragam. Menguruskan empat anak kecil dalam satu masa yang sama bukanlah perkara yang mudah buat seorang ibu seperti Aisya. Tambahan pula, baru tiga bulan yang lepas dia selamat melahirkan seorang lagi zuriat buat Riyyadh. Asyman Mikael. Dan semenjak hadirnya Asyman, sedikit sebanyak sikap dingin Riyyadh telah mengguriskan hati Aisya.
Kata Riyyadh, siang hari adalah waktu untuk Aisya menguruskan anak-anak, dan di malam hari menjadi giliran lelaki itu pula. Malah, Riyyadh juga sudah kurang meluangkan masa bersama mereka sekeluarga. Bahkan, Asyman yang masih kecil juga kurang mendapat perhatian dari lelaki itu. Segalanya diuruskan oleh Aisya seorang diri.
Titisan air mata yang hampir jatuh segera dikesat. Juadah sahur perlu disediakan.
Aisya turun ke bawah. Menuju ke arah dapur tanpa mengeluh penat dan lelah.
Segala bahan yang sudah dikeluarkan dari peti sejuk, dimasak dengan resepi yang ringkas dan pantas. Nasi dihidangkan ke dalam pinggan. Air oren kegemaran Riyyadh juga siap dibancuh.
Mata cantik itu tertutup sedikit ketika bibir menarik senyuman yang manis dan ayu.
Bilik tidur utama mereka dituju. Pada birai katil di hujung kaki Riyyadh menjadi tempat Aisya melabuhkan punggung.
"Hubby, bangun. Dah masuk waktu sahur." Suara lembut memanggil dengan alunan dan nada yang ringan seperti angin yang bertiup.
Cubaan pertama Aisya tidak mendapat respon dari Riyyadh. Kini Aisya bergerak sedikit ke hadapan dan rambut Riyyadh diusap penuh kasih dan sayang.
"Hubby...bangun, Aisya dah siap masak."
Kening Riyyadh berkerut. Sesaat selepas itu, wajahnya tenang menyambung lena.
"Hubby---"
"Diam boleh tak? Hubby nak tidurlah!" Tubuh Aisya tersentak. Suara tidak bernada itu memintas suaranya.
"Tapi nanti terlepas waktu sahur. Aisya dah siap hidang makanan, hubby bangun ya?" Pujuk Aisya lagi. Tangan yang mahu mengusap rambut itu lagi ditepis kasar oleh Riyyadh. Mata tajam itu merenung penuh amaran kepadanya.
"Tak faham bahasa ke? Hubby penat! Pergi sahur dengan anak-anaklah!" Bentak Riyyadh seraya memalingkan wajah ke arah lain. Bising!
Mata Aisya berkerdip. Namun, masih tercalit senyuman pada wajah bersihnya.
Hatinya terasa sakit. Tetapi, dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.
"Kita turun sekejap je, hubby. Untuk dapat pahala bersahur. Lepas sahur, hubby boleh rehat balik."
Riyyadh mendengus. Memekak lagi rupanya!
Dia bangkit. Rahang Aisya direngkuh kasar. "Yang kau degil sangat ni kenapa, hah? Nak aku 'lanyak' lagi sekali ke apa? Pergilah berbukak dengan anak-anak kesayangan kau tu! Tak payah peduli pasal aku! Aku dah bagi masa untuk kau dengan anak-anak, jadi pergilah!"
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...