"ASTAGHFIRULLAH! RIYYADH SYAHFIQ ZAYYHDITH!"
Hampir terlompat keluar jantung Safiyah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke bilik hospital tersebut apabila pemandangan pertamanya ketika itu disajikan dengan posisi intim antara Riyyadh dan Aisya yang sedang tidur nyenyak sambil berpelukan antara satu sama lain.
Mengembang anak mata Safiyah melihat tangan Riyyadh yang terletak cantik di atas pinggul Aisya dan tangan gadis itu juga elok berlingkar pada leher Riyyadh dengan wajah yang tersorok di sebalik dada anaknya itu.
"Ya Allah! Budak-budak nilah!" Bergegas Safiyah meluru ke arah Riyyadh dan Aisya dengan mulut yang terkumat kamit membebel.
Manakala Rayden yang membontoti langkah isterinya dari belakang hanya menggeleng kecil sambil tersenyum sinis. Yeah, that's my boy! Biarkan sajalah Riyyadh nak buat apa pun asalkan tak dirogolnya Aisya tu sudahlah. Sokong Rayden di dalam diam tanpa pengetahuan Safiyah. Bapak borek anak rintik.
Mahu tergelak Rayden melihat Safiyah yang sedang memekik mengejutkan Riyyadh. Namun dia hanya memilih untuk menjadi penonton sahaja. Sekali sekala tengok Riyyadh kena membebel pun seronok juga.
Sabarlah ya, Iyad. Daddy sokong kau dari belakang. All the best, my son!
"Iyad bangun! Ya Allah budak bertuah ni! Bangun Riyyadh!" Kaki Riyyadh yang membelit kaki halus Aisya dipukul kuat menggunakan tas tangan. Namun, sekelumit zarah pun anaknya itu langsung tidak terusik. Sebaliknya, boleh pula Riyyadh tersenyum di dalam tidurnya seraya mengetatkan lagi pelukannya pada pinggul Aisya.
Betul-betul tengah bahagia Riyyadh ni!
"IYAD!"
PAP!
PAP!
PAP!
Kini, telapak tangan Safiyah pula naik menampar kuat betis Riyyadh. Bertempik juga bunyinya. "Bangun Iyad! Ya Allah geramnya Mummy dengan kamu ni!"
Safiyah bercekak pinggang dengan wajah yang menahan geram. Lagi-lagi bila Riyyadh hanya celikkan mata tidak sampai lima saat sahaja lalu kembali tidur sambil bergumam yang entah apa-apa.
"Ermmm I love you, flower..." Terus dia kembali menutup mata dan merapatkan lagi tubuhnya terhadap tubuh Aisya.
Safiyah memicit dahi. Rayden yang sedang bersandar pada dinding bilik sambil berpeluk tubuh dipandang dengan mata yang garang juga.
Ini lagi satu! Tengok je langsung tak membantu!
"Abang pun samalah dengan anak abang ni! Bukan nak tolong Fiya!" Marah Safiyah kepada Rayden. Ditambah dengan pakej jelingan maut sekali.
Geram! Dua kali lima je bapak dengan anak. Sama baran, sama perangai.
Rayden menjungkitkan kening ke atas. "Aikk, abang pulak yang kena? Abang tak buat apa-apa pun kena marah jugak?"
"Sebab abang tak buat apa-apa tulah abang kena marah! Sekurangnya tolonglah Fiya kejutkan Iyad. Berdosa tau bila dia peluk-peluk Aisya macam ni. Sudahlah Aisya tu tengah tak sihat lagi."
Mata menjeling marah kepada Rayden. Tetapi suaminya itu hanya sekadar beriak biasa sahaja.
"Biarlah dorang tidur kejap. Bukannya Iyad buat apa-apa pun dekat Aisya tu. Peluk sikit je. Lagipun tu kan bakal isteri dia jugak." Selamba jawapan itu dilontarkan dengan tenang.
"Senang je abang cakap kan? Itu kalau Aisya sedar, lagi trauma dia nanti. Silap hari bulan, dia lari dari sini." Bidas Safiyah yang sakit hati mendengarkan jawapan dari suaminya tadi.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...