"FLOWER, LAUK NI NAK HIDANG DALAM BEKAS YANG MANA?"
Soalan dan suara Riyyadh yang merengek manja di tepi gegendang telinga Aisya membuatkan gadis itu mengetap gigi menahan geram.
Menjengkelkan!
Sibuk sahaja si Riyyadh ni gigih nak tolong dia di dapur. Bukan tidak dilarang oleh Safiyah, tetapi ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Laju sahaja dia mengekori langkah Aisya sehingga ke dapur. Redah sahaja tanpa rasa malu.
Lagipun ini kan rumah bakal isterinya juga nanti. Jadi, buat apa hendak malu? Itulah yang Riyyadh fikirkan.
Sudah alang-alang dapat masuk ke rumah Aisya, masa dan peluang keemasan inilah yang sesuai untuk dia manfaatkan bagi memikat Aisya.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! Gitu!
Namun sebaliknya, berbeza pula bagi Aisya. Rasa benci terhadap Riyyadh semakin membuak-buak tanpa berkurangan. Biarlah berjuta kali Riyyadh berbuat baik kepadanya sekalipun, tidak semudah itu hati yang sudah lama mati buat Riyyadh akan terusik dengan setiap usaha yang ditunjukkan oleh lelaki itu.
Buatlah apa sahaja, pintu hatinya masih tidak akan terbuka buat Riyyadh. Bahkan untuk selamanya!
Melihatkan kebisuan Aisya yang menghiraukan soalannya tadi, mengundang awan yang mendung di dalam hati.
Keluhan disimpan. Begitu juga dengan rasa kecewa dan sedih. Memang benarlah Aisya sudah tidak sudi lagi untuk menerimanya semula. Memandang pada wajahnya juga, langsung gadis itu tidak mahu. Sesaat pun mata Aisya tidak terarah kepada Riyyadh.
Begitulah orang kata, datang tidak diundang dan pergi tidak dihalang.
Kekecewaan yang mula mengusik, dibuang jauh-jauh oleh Riyyadh. Tidak mengapa Riyyadh, usaha itu tangga kejayaan!
Jadi, bagi meraih perhatian Aisya, Riyyadh berdehem kuat serta berpura-pura batuk.
Malangnya, krik krik sahaja.
Semakin lincah Aisya bergerak ke sana ke sini untuk menghidang makanan.
Nak sangat ikut dia masuk dapur kan? Ha masuklah! Tapi jangan harap, dia akan layan kerenah gila Riyyadh itu.
Keraslah kau dekat tepi sinki tu sorang-sorang Riyyadh oi!
Riyyadh menarik nafas yang dalam. Lalu, sekali lagi dia berdehem kuat dan kali ini berkali-kali.
"Ehem!"
"Ehem!"
"Ehem! Ehem!"
BAM!
Bekas makanan dihentak sedikit kuat oleh Aisya. Terhinjut bahu Riyyadh ke atas.
Mak aih. Tanjat boboi.
Dada diurut perlahan. Wajah marah Aisya ditatap dengan satu sengihan yang panjang dan lebar.
Yeay! Akhirnya mata Aisya terkalih juga ke arahnya.
Sorak Riyyadh di dalam hatinya.
"Flower---"
"Tuan kalau tak ada fungsi di sini, lebih baik pergi ke depan saja!" Halau Aisya dengan sekali kata.
Bukan membantu pun kalau Riyyadh ada!
Aisya mendengus geram. Riyyadh yang sedang tersengih seperti kerang busuk di hadapannya itu diberi jelingan yang tajam.
Menyampah sungguh!
Namun, jelingan Aisya dibalas pula dengan kenyitan mata yang nakal dari Riyyadh.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...