🥀BAB - 26

43.7K 1.2K 78
                                    

"COME, LET'S SLEEP."

Kaki Aisya membatu. Tidak berganjak sedikitpun dari tempat dia berdiri. Statik. Kejung. Meramas sisi baju yang tersarung pada tubuh.

Sorotan mata bundar itu menurun pada bahagian tilam yang ditepuk oleh Riyyadh.

Sejujurnya, bukan niatnya hendak mengabaikan panggilan suaminya itu. Akan tetapi, Aisya masih belum bersedia untuk menjadi hak milik Riyyadh secara zahir dan batin.

Reaksi polos Aisya meletuskan tawa lucu lelaki itu. Kepala digeleng perlahan. Hatinya digeletek dengan penampilan Aisya pada malam itu.

Bertudung litup serta tubuh kecil itu tersarung dengan sehelai t-shirt biru bersaiz besar yang berlengan panjang dan dipadankan dengan seluar track suit berwarna hitam.

Alahai, flower. Nak malu apanya lagi, sayang oi?

Sekali lagi, tempat tidur di sebelahnya ditepuk perlahan.

"Sinilah, tidur. Dah lewat ni. Esok nak bangun awal kan? Hmm?"

Ajakan itu menyesakkan dada Aisya yang sedia sempit kerana penampilan Riyyadh yang hanya santai berseluar panjang tanpa mengenakan secebis kain pun pada tubuh atasnya.

Pipi yang membahang itu mula berona merah.

Segan dan kekok.

"Aisya tidur bawah boleh?"

Kening tebal Riyyadh naik tinggi ke atas. Mata yang tadinya redup kini bertukar tajam.

Punggung diangkat. Kaki mengorak langkah menuju ke arah tempat gadis itu berdiri. 

Drastik kepala Aisya jatuh ke bawah. Menekur permaidani gebu yang menjadi alas kaki.

Dada yang semakin berdebar itu kian berdetak mengikut tempo yang laju apabila hujung jari kakinya bersentuhan dengan hujung jari kaki Riyyadh. Menandakan bahawa kedudukan mereka ketika ini tersangatlah rapat.

"Arhhh!" Pantas tangannya menahan dada bogel Riyyadh saat lengan lelaki itu menyauk kasar sisi pinggangnya agar melekap pada tubuh yang berganda besar darinya itu.

Sesak. Aisya menjadi takut. Tiada lagi kelembutan pada wajah di hadapannya itu lagi.

Dingin dan kosong.

"Let me ask you something, flower. Who am I to you? Hmm?" Suara garau itu ditekan dalam.

Menghantar perasaan gementar yang mengalir ke seluruh anggota tubuh Aisya.

"Answer my question, flower. Or else, I'll teach you how to use your pretty mouth."

Wajah Aisya terdongak. Tangan yang merengkuh rahangnya memaksa pandangannya bersatu dengan mata tajam di hadapannya itu.

Nafas mereka saling berlanggar antara satu sama lain. Kepala Riyyadh menyenget ke kanan. Menghapuskan ruang-ruang udara di antara mereka.

Hidung mancungnya menyentuh hidung kecil Aisya. Mata pula jatuh merenung ke arah bibir merah yang sedikit kering itu.

Hmm.

"Jawab, flower. Who am I to you?"

"Ss-suami Aisya."

Hujung bibir Riyyadh naik menyenget ke atas.

"Right. Your answer is true. But your action is opposite, flower."

Tangan yang memeluk pinggang Aisya kini menjalar naik menggenggam hujung tudung yang dipakai oleh isterinya itu.

Dengan sekali tarikan, tudung itu direntap kasar dan dibuang jauh ke arah sudut bilik.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now