🌹SPECIAL CHAPTER - (2)

24.9K 861 129
                                    

KEKURA tangan Aisya dikucup penuh kasih dan cinta. Senyuman mereka saling berbalas. Indah nian perasaan sayang yang semakin menggebu ini.

Enjin kereta dimatikan. Tali pinggang keledar yang membelit tubuh comel Aisya dirungkaikan perlahan-lahan. Kemudian, tangan kekar itu turun mengusap permukaan perut yang membukit kerana membawa bukti cinta mereka bersama.

"Anak babah baik-baik saja kan? Hmm?"

Aisya tersenyum mesra. Tangan halusnya menyentuh tangan kekar Riyyadh. Lantas, pandangan mereka bertemu. Redup dan lembut.

"Arwa baik-baik saja. Babah jangan risau, ya?" Sahut Aisya lembut.

Tawa Riyyadh terletus. Perut Aisya yang terselindung di sebalik abaya putih itu dikucup sekilas.

"Jom turun. Hubby dah lapar ni."

"Baik, hubby."

Aisya yang baru hendak membuka pintu kereta segera ditahan oleh Riyyadh. Pandangan hairan diberikan kepada suaminya itu.

"Lupalah tu." Jauh bibir memuncung ke hadapan.

Kening cantik Aisya berkerut tanda tidak mengerti. "Kenapa hubby?"

"Lupalah tu yang dia dah ada suami." Jelas Riyyadh dengan nada yang berjauh hati.

"Maksud hubby?" Sungguh Aisya tidak faham dengan kenyataan Riyyadh itu.

Dengusan Riyyadh menghentam sistem pendengaran Aisya.

"Kenapa nak buka pintu kereta sendiri sedangkan hubby ada untuk bukakkan?"

Aisya hembus nafas lega. Fikirkan apalah tadi. Risau andai Riyyadh baran dengan tiba-tiba. Suaminya walaupun tidak seperti dulu lagi namun barannya masih kekal ada. Cuma masih boleh dikawal. Dan ubat penenang kepada baran Riyyadh itu adalah Aisya.

Riyyadh berdecit tidak puas hati. Sampai hati Aisya! Dia ni lelaki yang act of service tau!

Perlahan tangan hangat Aisya mengusap kekura tangan Riyyadh.

"Aisya minta maaf ya? Aisya tak nak susahkan hubby. Lagipun Aisya boleh buat sendiri."

Akhirnya, riak wajah Riyyadh kembali seperti sediakala.

"Hmm. Tunggu sini, hubby bukakkan pintu. Jangan turun selagi hubby tak buka, okay?"

Aisya menjatuhkan kepala sebagai faham. Lalu, Riyyadh melangkah keluar dari tempat pemandu dan bergegas mendapatkan Aisya.

Pintu dibuka dan tangan dihulur kepada sang bunga yang menawan itu. Tidak menunggu lama, jari mereka akhirnya bercantum dan bertaut erat.

"Hati-hati, flower." Pesan Riyyadh sebaik sahaja Aisya melangkah keluar.

"Baik, hubby." Aisya mendongak menatap Riyyadh. Pintu kereta ditutup oleh lelaki itu dan Riyyadh menunduk mengucup dahi mulus Aisya untuk seketika. Pinggang Aisya dipeluk kemas sambil lehernya dirangkul oleh bunga kesayangannya itu.

"My flower, Aisya Qhaisarah Rose..."

"Ya, arjuna milik Aisya..."

"I love you, flower..." Bisik Riyyadh perlahan namun romantis.

"I love you too, hubby..." Bisikan Riyyadh dibalas dengan cinta yang melimpah.

Sepasang jiwa milik mereka bergetar menanggung rasa cinta yang berasak menghentam dada.

Tawa yang bahagia menerangi bulan yang menemani mereka.


















🌹🌹🌹







𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now