🌹SPECIAL CHAPTER - (5)

28.8K 880 84
                                    

SAFIYAH membantu Aisya duduk di atas sofa. Perlahan-lahan, punggung berlabuh di atas kusyen empuk itu. Aisya menarik nafas yang mengah. Tangan setia menampung bahagian bawah perutnya. Terasa sedikit senak dan tidak selesa. Hendak berjalan juga terhad.

Sebelum datang ke rumah mertuanya, kehendak batin Riyyadh dipuaskan terlebih dahulu. Kata Riyyadh, kenalah banyak kali 'bersama' untuk memudahkan proses bersalin nanti. Lalu apa hendak Aisya katakan? Mahu tidak mahu, sebagai isteri, harus dia turutkan juga.

Dan ombak asmara mereka berlangsung lama sehingga Aisya terpaksa merayu dan menangis agar Riyyadh berhenti dari terus menghentam tubuhnya. Mungkin kerana itu jugalah Aisya sukar untuk berjalan seperti biasa. Agak ngilu dan sakit.

Mujur juga, Riyyadh seorang suami yang memahami. Setiap kali mereka selesai 'bersama', Riyyadh akan memenangkan Aisya dan mengutamakan keselesaan Aisya serta Arwa yang di dalam kandungannya. Semua kerja rumah diambil alih oleh Riyyadh. Bimbang andai dia terleka sesaat, perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Ingatan Aisya kepada Riyyadh terbang ketika Safiyah memanggil namanya. "Aisya ada teringin nak makan apa-apa tak? Mummy boleh buatkan."

Jari halus Aisya digenggam lembut. Kasih sayang sebagai seorang ibu diberi agar Aisya dapat merasa nikmatnya belaian seorang ibu. Bagi Safiyah, kehadiran Aisya dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Kasih Safiyah akan sentiasa ada buat Aisya. Sehingga bila-bila.

Aisya tarik senyuman yang mesra. Genggaman Safiyah dibalas. "Terima kasih, Mummy. Tapi Aisya masih kenyang. Lagipula, Aisya tak nak susahkan Mummy." Suara lembut itu bijak menambat hati Safiyah.

"Tak apalah, bukannya susah pun. Mummy lagi suka tau kalau Aisya mintak macam-macam. Sekurangnya Mummy dapatlah jugak buat sesuatu untuk kamu dan bakal cucu Mummy ni."

Bahu Safiyah menjadi tempat sandaran Aisya. "InshaAllah nanti Aisya teringin nak makan apa-apa, Aisya bagitahu Mummy ya?"

Bibirnya masih kekal dengan senyuman. Sesungguhnya, momen seperti ini yang Aisya rindukan. Belaian dari seorang ibu. Kasih dari seorang ibu. Serta kemesraan dari seorang ibu.

Setelah badai hitam yang Aisya lalui dulu, kini Allah gantikan dengan kebahagiaan yang dijanjikan. Untuk sekian lama, keinginannya untuk merasa kehadiran seorang ibu akhirnya diperkenankan.

Dihadirkan Safiyah yang sifatnya persis arwah ibunya. Sebuah kurniaan terindah buat Aisya. Kurniaan yang akan dihargai sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.

Terima kasih, wahai Tuhan yang menguasai Alam.

Dan dari jauh, Riyyadh merakam momen indah antara dua permaisuri hatinya itu. Seperti Aisya, wajahnya juga tidak lekang dengan senyuman.

Kebahagiaan Aisya adalah sebahagian daripadanya juga. Biarlah mereka berkongsi rasa kerana jiwa ini sudah diikat untuk sentiasa bersama.

Hati Riyyadh tenang. Jiwa juga ditiup keceriaan.

Dahulu dia yang menghadirkan derita buat Aisya. Namun, kini dia jugalah yang memberi penawar buat segala penderitaan Aisya.

Jika dosa ini masih bergalas pada bahunya, biarlah itu menjadi asbab untuk dia sentiasa mencari pengampunan dari Sang Esa.

Jika dosa ini masih menjadi igauan ngeri Aisya, biarlah dia yang menjadi pelindung buat sang bunga dambaan hatinya itu.

Riyyadh bersandar tenang pada dinding. Memilih untuk menjadi sang pemerhati. Biarlah dua permaisurinya itu saling melepaskan rindu yang terbuku di dada.

"Terima kasih untuk anugerah-Mu ini, Ya Allah..."


















🌹🌹🌹



𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now