🥀BAB - 23

31.9K 1K 110
                                    

DUA HARI BERLALU,

Sejak kali terakhir Aisya dan Riyyadh bersemuka ketika lelaki itu melancarkan mogok dengannya, terus bayang Riyyadh langsung tidak kelihatan.

Meninggalkan Aisya di dalam duka.

Sedikit sebanyak, perasaan gadis itu terguris. Membuatkan keraguan mula bertandang. Benarkah lamaran itu? Jika beginilah sikap yang Riyyadh pamerkan.

Aisya buntu tanpa jawapan.

Namun, apa yang lebih mengganggu fikirannya, adalah keadaan di ketika ini.

Petang tadi, secara tiba-tiba dia dikejutkan dengan kedatangan Ryan dan Raihana yang datang membawa peralatan solek serta sehelai gaun berwarna hitam keemasan yang disulami dengan manik-manik jernih yang berkilat serta tampak elegan.

Dan kini, tubuh langsing Aisya tersarung cantik mengenakan gaun tersebut setelah dipaksa oleh kembar yang nakal itu.

Aisya hairan. Sudah berkali-kali soalan diajukan kepada pasangan kembar tersebut. Mengapa dia harus memakai gaun ini? Apakah tujuannya? Namun, Ryan dan Raihana sekadar mengulang jawapan yang sama setiap kali Aisya menyoal.

"Alaaa, nanti akak tahulah jawapannya. Hehe."

Aisya beralah. Sekadar diam menerima sentuhan tangan Raihana pada wajahnya. Pertama kali Aisya mengenakan solekan pada wajah cantiknya. Dan setelah itu, kecantikannya semakin terserlah. Semakin berseri. Sungguh cantik dan rupawan.

Sehingga Raihana menjerit teruja.

"AAAAA!!! OMO!!! KAK AISYAAAAAA!!! CANTIKNYA!!!" Terlompat-lompat remaja itu melihat hasil solekannya pada wajah ayu bakal kakak iparnya itu.

Girl crush unlocked!

Raihana akui, sebagai seorang perempuan, dia turut mengagumi rupa paras Aisya yang begitu cantik dan ayu. Sehingga Raihana terfikir, adakah gadis ini manusia ataupun bidadari?

Padan sangatlah abang sulungnya begitu tergila-gilakan Aisya.

Raihana tersenyum penuh bangga.

"Kak Aisya, boleh drop routine skincare tak? Hana pun nak cantik macam akak jugak!"

Mata bundar Aisya terkebil-kebil. 
Belum sempat bibirnya terbuka untuk bersuara, jeritan dari Ryan pula membingitkan suasana.

Sama seperti adik kembarnya, remaja lelaki itu turut tergamam melihat kecantikan Aisya.

Haish! Tak boleh jadi ni, dia pun nak cari isteri yang cantik macam bakal kakak ipar mereka ini jugak!

"Kak Aisya tak payahlah kahwin dengan along. Along tu baran sangat. Kak Aisya pulak cantik, manis, lemah lembut lepastu baik. Nanti along sakitkan akak macam mana? Akak kahwin dengan Ryan je lah eh?!"

Mata Raihana membulat. Laju, tangannya naik menarik rambut sang kembar.

Gila apa?! Mahu kena sepak dengan si Riyyadh tu naya!

"Aduh! Sakitlah! Pahal kau?! Ingat rambut aku ni rumput yang senang senang kau nak tarik sesuka hati?!" Marah Ryan seraya menepis kuat genggaman tangan Raihana pada rambutnya.

Rambut jangan bawak main eh?! Mahkota paling bernilai buat kaum lelaki tau!

Raihana senyum mengejek. "Padan muka! Bergurau lagi benda yang bukan-bukan. Aku report dekat awek kau kang."

Ugutan Raihana mengundang jelingan yang tajam dari Ryan.

"Kau fikir aku takut? Reportlah. Aku memang nak break pun dengan dia. Rimas!"

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now