🌹ISTIMEWA AIDILFITRI (4)

26.1K 1.1K 581
                                    

GURAU senda Riyyadh bersama gadis yang dibantu olehnya tadi terhenti ketika nada dering telefon Riyyadh menjerit nyaring.

Nama Rayden tertera. Riyyadh berkerut dahi. Daddy call? Tapi kenapa? Bukannya ada urusan penting pun yang hendak dibualkan.

"Encik? Kenapa tak angkat call tu?" Gadis muda itu menjeling sekilas ke arah telefon bimbit Riyyadh yang masih menyala.

Riyyadh menarik senyuman yang kecil. Peranti nipis itu diletak semula di atas meja. "Tak penting sangat pun."

Gadis itu tergelak kecil. Jus oren disisip. Pandangan manja diberi kepada Riyyadh. Melambung pujiannya di dalam hati. Tampan, kaya dan tutur katanya juga lembut.

"Esok encik free tak? Saya ingat nak ajak encik teman saya ke bengkel. Saya tak pandai sangat urusan kereta ni."

"Boleh je. Tapi tak payahlah berencik dengan saya. Just call me Riyyadh."

Pipi gadis itu berona merah. Sepertinya, lelaki di hadapannya ini bukan milik sesiapa lagi. Bujang barangkali. Rugi jika tidak dipikat.

"Ermm, seganlah saya macam tu. Kita kan baru kenal?" Jari telunjuknya bermain pada hujung straw minumannya.

Riyyadh duduk bersandar. Menilik wajah cantik di hadapannya ini. Dari kening sehingga ke bibir, semuanya terletak sempurna. Keindahannya sama seperti Aisya. Namun, ketika nama Aisya terlintas, barulah Riyyadh tersedar bahawa dia sudah terlalu lama di luar. Jam tangan berjenama mewah yang melilit pergelangan tangan dipandang sekilas. Sudah hampir ke angka sembilan malam. Solat Maghrib dan Isya' jugak dia sudah terlepas.

"It's okay. Esok boleh kenal-kenal lagi. Saya nak kena gerak dah ni." Pamit Riyyadh namun suara lunak gadis itu menahan.

"Eh, encik nak balik dah ke?"

"Ya, saya nak tengok is---" Kata Riyyadh terhenti ketika nada dering telefonnya kembali berbunyi.

"Wait, ya." Simbol hijau digesek ke kiri.

"Ya, Daddy?"

"Seronok dapat dating dengan perempuan lain? Kau tak serik untuk hilang Aisya lagi ke apa?" Ketegasan Rayden dapat dihidu oleh Riyyadh. Tiada kemesraan dari nada yang dilontarkan oleh Rayden.

"Dating? Apa maksud Daddy ni?" Matanya bertentang dengan pandangan dari gadis muda itu. Senyuman yang kacak diberi sehingga gadis itu tersipu malu.

"Aku bagi masa 15 minit untuk kau balik atau kau akan hilang Aisya dan anak-anak kau untuk selamanya!"

Kening Riyyadh berkerut. Bagaimana Rayden...tahu?

Bebola matanya diliarkan ke sekeliling sebelum menangkap satu susuk tubuh yang sedang berdiri tidak jauh dari meja makan mereka.

Terus riak wajahnya berubah. Dingin dan bengis. "Apa masalah Daddy sampai nak hantar orang intip Iyad?" Kini, suaranya juga berbunyi tegas. Sehingga menarik perhatian gadis di hadapannya itu.

"Balik, Riyyadh. Sebelum kau hilang Aisya dan anak-anak kau!" Panggilan dimatikan.

"Daddy?!"

"Riyyadh? Kenapa? Awak okay?" Tanya gadis muda itu. Dari raut bengis Riyyadh, jantungnya mula berdetak tidak senang. Bukan kerana rasa teruja sebelum ini, namun lebih kepada gundah dan bimbang.

Riyyadh tidak menjawab dan terus berdiri. Sekeping not 50 dikeluarkan dari dompetnya dan diletakkan di atas meja.

"Awak!" Gadis itu memaut lengan Riyyadh.

"Awak nak pergi mana? Kita kan tak habis makan lagi?"

Lidah Riyyadh menolak isi pipi. Lengannya di dalam cengkaman gadis itu ditarik kasar. Ketika itu, riak kecewa terlakar pada wajah gadis tersebut.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now