🌹SPECIAL CHAPTER - (7)

32.8K 929 90
                                    

2 TAHUN BERLALU,

"Babah!"

Riyyadh yang baru menapak masuk terus disergah dengan jeritan Arwa yang teruja melihatnya pulang. Melihat sang comel itu terkedek-kedek berlari ke arahnya, terus lutut ditongkatkan ke lantai dan tangan didepa luas menanti tubuh tembam itu masuk ke dalam dakapannya.

"Hiyahhh!" Arwa melompat ceria ke arah Riyyadh dan terus disambut kemas oleh babahnya itu.

Gelak tawa dua beranak itu indah kedengaran.

"Nakalnya budak ni!" Pipi bulat Arwa digomol geram. Mengekek anak gadis itu tertawa menahan geli sambil cuba menolak wajah Riyyadh dengan tangan kecilnya.

"Babah! Amau! Geli!"

"Ngap!" Pipi Arwa dikemam lama sebelum dilepaskan semula.

Tercungap-cungap budak kecik itu mengumpul nafas.

Riyyadh pula tersenyum bahagia. Segala penat lelahnya ditempat kerja hilang begitu saja.

"Ibu dengan adik mana?" Kelibat Aisya dan seorang lagi cahaya mata mereka iaitu Arjuna Mateen dicari.

"Ibu tengah macak. Adik pulak sleep." Kepala disenget ke tepi dan Arwa melakonkan gaya seperti sedang tidur. Terhambur gelak besar Riyyadh.

Hidung comel Arwa ditarik geram. "Pandainya budak ni."

Ada sahaja kerenah budak kecik ni yang berjaya menghiburkan hati. Sudahlah comel dan cantik. Kalau ditilik, mata Arwa sebijik mengikut bentuk mata Aisya yang bulat namun irisnya pula diwarisi daripada Riyyadh. Iris coklat yang sentiasa bersinar dan memberi renungan yang cantik. Manakala alis dan hidungnya saling tidak tumpah seperti Riyyadh dan bibirnya pula merah merekah bak bibir Aisya.

Ciptaan indah dari Yang Esa. Persis bak bunga yang mekar di bawah mentari dan segar disirami titisan hujan.

Lantas, Riyyadh membawa Arwa ke dalam dukungannya. Lehernya dipeluk oleh Arwa dan bahunya menjadi sandaran kepala Arwa.

"Jom tengok ibu masak apa, nak?"

"Nak!"

Dua beranak itu membuat isyarat mata setelah tiba di dapur. Mereka tidak bersuara namun dapat meneka isyarat yang dihantar antara satu sama lain.

Aisya yang masih tidak sedar kehadiran mereka dipandang nakal.

Arwa meletakkan jari telunjuknya yang comel itu di bibir sambil menepuk bahu Riyyadh menyuruh babahnya itu mula berjalan.

1,

2,

3...

"BAH!"

"Allah!" Pinggan di tangan Aisya terlepas ke lantai dan berderai menjadi kepingan halus dan kecil.

Riyyadh dan Arwa menekup mulut. Mata mereka membulat besar.

Oh no! The prank has gone wrong!

Aisya dan serpihan pinggan itu dipandang silih berganti.

Arwa yang melihat ibunya tunduk mengutip serpihan itu segera ingin melompat turun membantu namun Riyyadh menahan erat.

"Ibu...Awa nak olong..."

Aisya gariskan senyuman yang nipis. 
"Tak apa sayang, ibu bersihkan dulu. Arwa naik mandi dengan babah ya?" Lembut Aisya menegah.

"Ati angan ibu darah..." Arwa sudah tersebek ingin menangis. Rasa serba salah menganggu ibunya memasak.

"Arwa naik dulu, babah tolong ibu kejap. Okay?" Riyyadh pula memujuk. Dikesat lembut air mata Arwa yang sudah mengalir ke pipi. Alahai, anak.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now