🥀BAB - 6

30.4K 1K 184
                                    

"AISYA?"

Pinggan yang dipegang diletakkan ke dalam sinki apabila mendengar namanya dipanggil. Segera Aisya memusingkan badan ke arah belakang dan menarik senyuman yang manis buat Kak Ida iaitu pemilik kedai makan tersebut.

"Ya akak?" Sahut Aisya dengan sopan.

"Ni ha, ada seorang pelanggan ni dia nak kamu ambilkan order. Katanya dia kenal kamu." Jelas Kak Ida.

Kening lurus Aisya berkerut. Tertanya-tanya juga siapa yang dimaksudkan oleh wanita itu.

Hairan.

"Ermm siapa ye kak?" Tanya Aisya kekok.

Kak Ida tersenyum kecil. Bahu Aisya ditepuk perlahan.

"Ish kamu ni. Kak Ida pun tak tahu siapa. Tapi yang pasti, orangnya hensem. Tinggi lampai pulak tu. Badan pun tegap bukan main! Haih, ini kalau tak dikenang Abang Samad kamu tu, dah lama Kak Ida usha!"

Seloroh Kak Ida seraya menggamit tawa Aisya.

"Jangan akak. Merajuk nanti Abang Samad dibuatnya." Usik Aisya.

Kak Ida menarik muncung ke hadapan. "Itulah! Haih. Dah tua-tua pun kuat merajuk Abang Samad kamu tu."

"Dah pergi ambil pesanan dia ya? Pinggan ni semua nanti boleh sambung cuci lagi."

Aisya mengangguk. "Baik akak."

Tangan yang basah dikeringkan pada tuala kecil di situ sebelum berlalu keluar dari ruangan dapur tersebut.

Manakala Kak Ida pula menghantar susuk tubuh Aisya dengan senyuman di bibir. Senang sekali dia mengambil Aisya bekerja di sini. Bukan sahaja rajin bekerja, tetapi sangat sopan dan ayu.

"Gadis yang baik." Puji Kak Ida ikhlas.

Lalu, dia turut melangkah bergerak ke kaunter.







🥀🥀🥀

TANPA mengesyaki apa-apa, Aisya menuju mendekati meja pelanggan yang dimaksudkan oleh Kak Ida sebentar tadi.

Menu serta buku kecil turut dibawa untuk mengambil pesanan. Dengan langkah yang penuh gemalai, Aisya tiba di sisi meja lelaki tersebut.

Namun lelaki itu masih diam menunduk ke bawah.

"Ya encik? Boleh saya ambil pesanan?"

Suara gemersik Aisya yang singgah pada pendengaran, membuatkan lelaki itu terus mengangkat wajah.

Di saat mata mereka bertembung, dengan serta-merta senyuman Aisya mati. 

Wajah yang dingin menjadi pengganti.

Tetapi berbeza bagi Riyyadh. Dia sebaliknya terus tersenyum lebar sehingga ke telinga apabila wajah yang dinanti akhirnya berkunjung tiba.

"Hye flower." Tegur Riyyadh mesra.

Aisya mengetap bibir. Kalaulah dia tahu orang itu adalah Riyyadh, seribu dalih akan diberikan kepada Kak Ida untuk mengelak dari bekas suaminya itu. Nasi sudah menjadi bubur. Hadap sahajalah Aisya. Kalau Riyyadh buat perangai, lempang je guna menu tu.

Mengingatkan bahawa di sini adalah tempat dia mencari rezeki, dengan terpaksa Aisya mengukirkan juga senyuman yang penuh pura-pura kepada Riyyadh.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now