"BUAT APA DEKAT SINI?"
Sapaan garau yang berbisik halus pada telinga mengalihkan perhatian Aisya seiring dengan tubuh yang sedikit tersentak saat pinggangnya dililit kemas dari arah belakang.
Tenang senyum manis yang dilakarkan. Pelukan itu dinikmati dengan rasa hangat yang meresap ke seluruh anggota tubuh.
Bahu terasa berat. Kepala dikalih untuk melihat beban yang sedang menumpang di atas bahunya itu.
Wajah sang kekasih muncul. Menyerikan pemandangan indah yang dianugerahkan kepadanya tika ini.
"Aisya saja ambil angin." Persoalan tadi dijawab juga.
"Tak sejuk ke?" Riyyadh juga ukir senyuman yang menggetarkan jiwa perempuan Aisya.
Gelengan diberi oleh Aisya. Membuahkan akal yang nakal untuk mengenakan bunga itu.
"Tapi hubby sejuklah, flower." Bersama nada yang dibuat-buat sayu, wajah juga turut sama memainkan peranan. Menjerat Aisya yang polos itu agar terperangkap di dalam helah nakalnya.
"Kita masuk ya? Nanti hubby demam kena angin sejuk." Prihatin isterinya memujuk dengan wajah yang ditandang kerisauan.
Di dalam hati, Riyyadh menahan tawa yang hendak terlepas. Haih, risau jugak eh Aisya dekat dia?
"Tak nak masuk..." Rengekan itu mendatangkan gundah di hati Aisya.
Ha sudah, datang dah mengada-ngada si Riyyadh ni.
Rasa macam dah tertukar peranan. Aisya adalah suami dan Riyyadh pula adalah isteri. Kerana yang sering bermanja itu adalah Riyyadh dan yang sering memanjakan itu pula Aisya.
Kening yang tidak gatal digaru. Lantas, lengan kekar yang berurat dan kasar itu diraih ke dalam genggamannya. Lembut dan cukup untuk menghantar rangsangan yang bertubi-tubi di dalam dada Riyyadh.
"Aisya risau hubby sakit nanti. Sudahlah hubby tak pakai baju sekarang ni. Nanti angin tu kena tubuh, bimbang hubby sejuk." Pujuk dan terus memujuk. Tidak ubah seperti lagak seorang ibu yang memujuk sang anak.
Padahal yang sedang buat perangai itu adalah seorang lelaki dewasa yang sudah berusia 32 tahun!
Haih.
Mendengarkan pujukan itu sangat mencairkan hati Riyyah. Namun akal masih ligat hendak mengusik. Biarkan Aisya terus memujuk padahal dia sedikitpun tidak terasa akan tiupan angin sejuk yang sedang menggigit tulang. Sengaja hendak mengambil kesempatan untuk bermesra dengan sang bunga idaman hati itu. Comel sangat bunga miliknya itu! Hailah, rasa nak diheret masuk ke dalam bilik tidur.
Perangai sungguhlah Riyyadh seorang ni!
Lantas, kakinya dihentak-hentak pada lantai balkoni itu. Tangan memeluk tubuh. Wajah pula usah dikata. Memang wajah yang meminta penampar.
Mengada sangat!
Mujurlah Aisya tu penyabar dan hanya melayan sahaja. Diikutkan setiap kegedikan Riyyadh yang mengalahkan perempuan.
"Hubby..." Tegur Aisya.
"Hubby tak nak masuk!" Cantas Riyyadh.
Dahi Aisya tergaris kerutan yang panjang. Hujung hidung digaru perlahan. Memang mati akal untuk memujuk lelaki gedik itu.
"Okay, kalau hubby tak nak masuk, sekurangnya pakai baju ya? Aisya risau. Nanti hubby jatuh sakit. Kita pakai baju okay? Hubby tunggu sini, Aisya masuk ambilkan baju kejap."
Riyyadh tahan senyum. Sayang sekali Aisya kepadanya. Entah sejak bila perasaan itu muncul. Mungkin sejak tujuh tahun yang lalu saat gadis itu ditawan olehnya. Namun, hanya dia yang buta untuk menghargai kasih sayang Aisya yang istimewa buat dirinya itu. Sedikit tercuit penyesalan di dalam jiwa.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...