DUA minggu sudahpun berlalu, kenangan bulan madu sentiasa terpahat di hati. Terlakar indah dan manis.
Layanan Riyyadh yang istimewa untuk Aisya.
Bisikan romantis yang istimewa untuk Aisya.
Serta gelora asmara yang memabukkan jiwa.
Semua itu menjadi memori terindah di sepanjang hayat Aisya. Dahulu, deritanya kerana Riyyadh. Namun, kebahagiaannya juga kerana lelaki yang sama.
Kuasa Allah menandingi segala. Tertulis sejak azali, Aisya ada sebahagian Riyyadh. Datanglah ribut taufan sekalipun, takdir akan tetap membawa mereka bersama.
Kesabaran yang dipupuk membuahkan hasil. Air mata kini berganti dengan gelak tawa. Kesakitan kini disembuhkan dengan keceriaan.
Sedang Aisya mengelamun, sesuatu yang bergesel dengan betisnya itu menarik senyuman Aisya sehingga terbentuk.
Kepala menunduk untuk melihat makhluk itu. Lantas, Aisya menggeleng kecil melihat Uteh yang leka menggesel badannya kepada Aisya untuk diberi perhatian.
Kucing berkaki tempang itu diangkat dan dibawa ke dukungan. Melentok kepala Uteh merehatkan diri ke arah dada Aisya. Sehingga membuatkan tawa tuan kesayangannya itu kedengaran.
"Uteh nak bermanja ya?" Agah Aisya seraya mencium kepala kucing peliharaannya itu.
Seminggu yang lepas, Riyyadh memberi Aisya kejutan dengan membawa pulang Uteh kepada gadis itu semula. Menitis air mata Aisya kerana terlalu rindu akan Uteh yang sudah dianggap seperti keluarganya itu. Terharu dan tidak menduga kerana selama ini Uteh berada di bawah jagaan Riyyadh tanpa Aisya ketahui.
Oleh kerana terlalu rindu, seharian Aisya menghabiskan masa dengan bermain bersama Uteh sehingga menimbulkan api cemburu Riyyadh. Tidak tahan melihat Uteh yang sering mendapat perhatian Aisya lebih dari dirinya, terus syarat diletakkan ke atas Aisya. Tersenyum dibuatnya tatkala mengenangkan perbualan mereka tempoh hari.
"Hubby tengok sejak ada Uteh ni, langsung semua perhatian bagi dekat dia. Bila hubby nak bermanja, dia pun sibuk datang menyondol. Lagi satu, dada flower tu senang senang je dia boleh landing. Kalau hubby yang buat macam tu, flower larang. Dengan Uteh boleh pulak?"
Wajah tegang serta nada yang sedikit dingin itu meresahkan Aisya. Uteh yang tertidur di atas riba dialihkan ke bawah. Lalu, dihampiri Riyyadh yang bersandar pada kepala katil sambil tangan disilang ke dada.
Senyuman Aisya terbit pada wajah ayunya itu. Riyyadh ni, dengan kucing pun hendak dibuat musuh.
"Aisya minta maaf, hubby. Aisya sedar Uteh terlalu mendapat perhatian. Tapi, Aisya masih tak lupa tanggungjawab Aisya sebagai isteri. Aisya masih memanjakan hubby, layan hubby dan turutkan segala kehendak hubby. Aisya bahagikan masa untuk hubby dengan Uteh. Mungkin, ada kekurangan Aisya sebagai isteri sampai hubby terasa dengan layanan Aisya pada Uteh. Lepasni, Aisya akan bagi perhatian yang lebih dekat hubby ya?" Pujukan itu meresap ke dalam sistem pendengaran Riyyadh. Jiwa lelakinya luntur.
Baru sahaja hendak mencapai Aisya ke dalam pelukan, tiba-tiba Uteh melompat ke atas katil dan membaringkan badannya yang gebu itu di atas peha Aisya terlebih dahulu.
Mata Riyyadh memincang tajam. Kecil besar sahaja kucing itu di pandangannya. Lebih-lebih lagi apabila kucing itu hanya memandang ke arahnya seakan-akan mengejek dirinya yang sudah tewas itu. Dasar kucing tak mengenang jasa, ada jugak yang kena buang dekat pasar ni nanti!
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...