🥀BAB - 2

38.1K 1.2K 47
                                    

AIR mata Riyyadh mengalir perlahan. Cincin perkahwinan yang masih setia disarungkan pada jari manisnya diusap dengan penuh kerinduan. 

Sejak tujuh tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini, cincin tersebut tidak pernah terpisah dari jarinya.

Cincin yang menyatukan ikatannya bersama Aisya dahulu. 

Ikatan perkahwinan yang dibina berlandaskan nafsu semata-mata.

Tubuh dibaringkan ke atas tilam di dalam posisi yang mengiring. Sambil jarinya yang bertakhtakan cincin itu masih diulit tanpa jemu.

"Flower..."

"Ya tuan?"

Mendadak Riyyadh bangkit dari baringannya apabila dengan tiba-tiba, suara Aisya muncul menyahut.

Dengan selaju kilat, Riyyadh menoleh ke arah bahagian kirinya lalu terpampang wajah bersih Aisya yang sedang tersenyum ke arahnya sambil mengendong seorang bayi. Gadis itu juga ayu dan manis di dalam sepersalinan pakaian yang berwarna putih.

Detak jantung Riyyadh berirama tidak terkawal. Tidak henti-henti cecair jernih dari tubir matanya mengalir membasahi wajah.

"Ff---flower?"

Senyuman Aisya cantik terukir. Redup dan lembut matanya menatap pada wajah Riyyadh yang tidak terurus itu.

"Ya tuan. Aisya dengan baby datang."

Riyyadh menggeleng tidak percaya.

Tidak mungkin...

"Ini bukan mimpi...tolong bagitahu yang hubby tak bermimpi..."

Aisya tertawa kecil. Namun begitu, tawanya sungguh merdu dan ringan.

Dia bergerak merapati Riyyadh lalu tangan kanannya dibawa mengelus pipi lelaki itu yang berjambang tebal dan lebat.

Anak mata mereka saling membalas renungan.

"Tak. Tuan tak bermimpi. Ini Aisya. Aisya datang untuk tuan." Lembut gadis itu berbicara. Di dalam kamar yang luas dan besar itu, suaranya hanya dapat didengari oleh Riyyadh sahaja.

Tangan sejuk Aisya yang kecil dan lembut seperti sutera itu mengelus penuh kasih pada wajah Riyyadh.

Air mata yang tumpah dari kolam mata Riyyadh turut jatuh menimpa pada tangan Aisya.

Tidak semena-mena, tangisan Riyyadh pecah. Tangan Aisya di pipinya digenggam kuat.

Digesel permukaan pipinya pada tangan yang halus itu.

"Flower pergi mana? Kenapa lama sangat tinggalkan hubby? Flower tak rindukan hubby...flower dah benci hubby...sebab itu flower tinggalkan hubby kan? Kan?"

Aisya tersenyum nipis. Kepalanya disengetkan sedikit bagi memandang Riyyadh. Malah, jarak mereka juga semakin dirapatkan sehingga tiada ruang yang memisahkan.

"Aisya tak pergi mana pun, tuan. Aisya ada dengan tuan. Tubuh dan jiwa Aisya hanya milik tuan. Aisya ada, cuma Aisya jauh. Aisya tak pernah tinggalkan tuan."

"Tapi kenapa flower tak datang-datang? Kenapa lama sangat?" Seakan anak kecil, Riyyadh mengadu dengan bibir yang tersebek.

"Ini." Kepala Aisya menunduk ke bawah. Menunjuk kepada Riyyadh akan bayi yang sedang dikendong olehnya itu.

Terkebil-kebil mata lelaki itu dengan penuh hairan memandang ke arah bayi yang ditutup seluruh tubuh dan wajahnya dengan sehelai kain berwarna putih dan bersih.

Wajah tenang Aisya dipandang dengan tertanya-tanya.

"Anak kita." Jelas Aisya tanpa memandang Riyyadh.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now