"KAU BUAT APA DEKAT SINI, AISYA? MANA TIARA?"
Hati Aisya bagai dicarik-carik. Sakit dan kecewa.
Hampir tubuhnya longlai. Pandangannya naik bertemu dengan pandangan dingin Riyyadh.
Perasaan takut yang sudah lama tidak muncul akhirnya menjelma kembali.
Bibir Aisya bergetar. Melihat rahang Riyyadh yang bergerak-gerak tajam.
Namun tidak sampai sesaat, mereka semua dikejutkan dengan bunyi tepukan yang kuat pada kepala Riyyadh.
Menghasilkan jeritan yang bergema di dalam bilik itu.
Jeritan jantan Riyyadh.
"DADDY SAKITLAH!"
"Kau jangan nak buat perangai. Jangan sampai kau koma sekali lagi!"
Rayden mencerlung garang dengan mata yang membara. Mencekak pinggang.
Kecik besar sahaja budak Riyyadh ni dia lihat!
Bangun bangun koma, terus buat prank.
Haih, mahunya dia bawa sembunyikan Aisya lagi baru padan muka! Meranalah kau dengan prank kurang cerdik tu.
Seperti Rayden, Safiyah juga memincingkan mata merenung tajam kepada Riyyadh.
Lantas, tangannya laju memulas telinga kiri Riyyadh. Sekali lagi, jeritan lelaki itu bergema.
"ARGHHH MUMMY! SAKIT! SAKIT!"
"HA TAHU PUN SAKIT! BUAT LAGI PERANGAI MACAM TU?! FIKIR LAWAK KE, HAH?!" Giliran Safiyah pula menempelak seraya melepaskan telinga Riyyadh.
Merah menyala! Rasakan!
Riyyadh mencebik. Kepala dan telinganya diusap serentak. Sudahlah dia tengah sakit.
Garang sungguh Mummy dan Daddy dia! Tak kesian dekat dia langsung! Huh!
Sampai hati!
"Sorrylah, Iyad cuma nak test je. Nak double confirm." Ujarnya membela diri.
"Kau nak confirm apanya lagi, budak? Aisya dah ada depan mata pun kau nak main-main lagi? Hah?" Rayden menunjal perlahan dahi Riyyadh.
Haih, kalau dia karate karang nanti tak pasal-pasal si Riyyadh ni koma balik.
Sabar sajalah ada anak lelaki yang kuat menyakat macam ni.
Memang itu sifatnya Riyyadh. Sangat kuat mengusik.
"Daddy ni, tak sayang anak langsung!"
"Memang! Setakat kau ni, aku boleh buat anak lainlah. Aku pun kuat lagi!"
"Abang!" Safiyah memanjangkan tangan untuk mencubit lengan suaminya itu, namun Rayden pantas mengelak.
Riyyadh tergelak besar. Tahu takut.
Kemudian, matanya beralih kepada Aisya. Senyuman kebahagiaan dikuntunkam. "Flower---"
"EH, FLOWER!"
Aisya berlari meninggalkan ruang itu. Berlari keluar bersama air mata yang berlinangan. Mengabaikan panggilan Riyyadh.
Terus Riyyadh hendak melompat turun bagi mengejar gadis itu. Namun terhalang dengan denyutan yang mencengkam pada abdomennya.
"Ahhh...flower..."
Rayden dan Safiyah pantas mendapatkan Riyyadh yang sedang membongkok menahan kesakitan.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...