SETITIS air mata Aisya jatuh ke pipi. Dibiarkan mengalir tanpa ada rasa mahu diseka. Perasaannya kini sedang bercampur baur.
Jari yang merah diwarnai dengan inai direnung sepi. Baju kurung putih yang terletak cantik pada tubuhnya juga langsung tidak menarik minatnya. Kerana Aisya lemas di dalam perasaannya sendiri.
Tiba-tiba, keresahan mula menghurung.
Membuatkan fikirannya kerap kali mengulangi soalan yang sama.
Keputusan ini...adakah benar untuk dia teruskan?
Menerima lelaki yang telah menghancurkan seluruh hidupnya. Meninggalkan luka di hati serta memori hitam yang terpahat di jiwa.
Sejenak, hatinya diketuk dengan rasa yang berbelah bahagi.
Masih berbaki satu jam lagi sebelum dia dan Riyyadh sah bergelar suami isteri.
Waktu masih memihak kepadanya jika keputusan itu mahu ditarik balik.
Celaru.
Sungguh, Aisya tidak tenang. Ya, benar dia mencintai Riyyadh namun rasa takutnya untuk bersama lelaki itu semula semakin kuat mengocak akal dan fikiran.
Pintu bilik yang terbuka luas itu direnung. Masih berkira-kira dengan pertimbangan yang berat untuk diberi kata putus.
"Bantu Aisya, Ya Allah..."
Air matanya bertali arus. Tanpa berfikir panjang lagi, kakinya laju menyasarkan pintu yang terbentang luas itu.
Lantas, lariannya dipercepatkan sepantas yang mungkin. Tidak memandang ke hadapan. Hanya setia merenung kaki yang sedang membawanya jauh dari situ. Biarpun tiada hala tuju.
Namun, tiba-tiba...
Dum!
Tubuh kecil Aisya hampir melayang ke belakang jika tiada tangan yang menyambutnya.
"Flower!"
Riyyadh yang turut segak mengenakan sepasang baju melayu yang senada dengan warna baju kurung Aisya merenung cemas ke arah gadis itu.
Memeluk erat pinggang ramping tersebut bersama detakan dada yang berdebar hebat.
Manakala Aisya terus melepaskan tangisannya pada dada bidang yang tersedia di hadapan matanya itu.
Meranapkan semangat Riyyadh di saat itu.
Gerak hatinya tepat mengatakan bahawa ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Dan hanya satu nama yang terlintas di fikirannya sebentar tadi.
Aisya.
Dengan perasaan takut menyelubungi jiwa, kaki panjangnya berlari mensasarkan gadis itu. Mujur, saat dia tiba, Aisya yang turut berlari keluar tanpa memandang ke hadapan, terus terlanggar tubuhnya yang tiba pada masa yang tepat.
Ya Allah...hanya Engkau sahaja yang mengetahui akan ketakutan yang aku rasakan tadi...
Hampir gugur jantungnya.
Hampir lemah segala urat sendinya.
Dan hampir...dia kehilangan Aisya buat sekian kalinya.
"Flower...flower nak pergi mana? Flower nak tinggalkan hubby ke?"
Laju soalan-soalan itu dilontarkan. Pipi Aisya dicekup kemas sehingga wajah itu menadah di bawah wajahnya.
Hati Riyyadh sakit saat melihat air mata itu mengalir lagi! Lagi! Dan lagi!
Aisya terus memilih untuk melepaskan segala yang terbuku di hati bersama tangisan yang mengiringi. Tanpa gadis itu sedar, kelakuannya semakin menghakis kesabaran Riyyadh yang sukar untuk dikawal itu.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...