🥀BAB - 11

32.5K 1.3K 127
                                    

PANDANGAN dibuang jauh ke arah bertentangan. Tidak sekalipun Aisya menoleh kepada Riyyadh. Sebentar tadi, Safiyah dan Rayden baru sahaja bergerak pulang kerana Rayden terpaksa bergegas ke syarikatnya setelah menerima panggilan yang penting berkenaan urusan kerja lelaki itu.

Jadi, tidak sempat Aisya mahu makan bersama Safiyah, wanita itu terpaksa pulang kerana diajak oleh Rayden yang mengarahkan Safiyah untuk turut pulang bersama.

Mahu tidak mahu, arahan itu harus juga Safiyah turuti. Berat hatinya untuk meninggalkan Aisya bersama Riyyadh. Bimbang Safiyah memikirkan andai anaknya akan semakin mendesak Aisya tanpa henti. Namun, arahan dari sang suami adalah wajib dituruti.

Dan kini, hanya tinggal Aisya dan Riyyadh berdua sahaja di dalam bilik tersebut.

Aisya tenggelam di dalam lamunannya manakala Riyyadh pula masih setia memujuk bunganya itu.

"Flower, makanlah sikit. Nanti perut masuk angin. Hmm?" Sudu yang berisi nasi disua ke arah Aisya namun tiada respon yang diberikan oleh gadis itu.

Diam dan dingin.

"Flower please, makan sikit sayang. Nanti flower sakit." Pujukan Riyyadh masih tidak berhenti.

Gusar melihat layanan dingin Aisya terhadapnya.

"Sayang---"

"Dulu Aisya pernah dikurung tak diberi makan sehingga seminggu tapi tuan tak pernah peduli walau sekalipun. Tapi kenapa sekarang baru tuan peduli?!"

Tajam dan padu. Sehingga hampir menghentikan setiap detakan jantung Riyyadh.

Perlahan, Aisya menoleh memandang wajah bersalah Riyyadh.

Dari matanya, jelas dia melihat birai mata Riyyadh yang mula basah. Begitu murah sekali air matanya menitis tanpa segan di hadapan Aisya. Namun tidak terkesan pada hati gadis itu.

Tangisan Riyyadh tidak akan pernah dapat menandingi tangisan Aisya selama tujuh tahun ini. Biar air mata darah sekalipun, tidak akan dapat mengembalikan hidupnya yang sudah hancur dan musnah di tangan sang syaitan itu!

Akan terpahat selamanya setiap penderaan yang Riyyadh lakukan kepada tubuhnya. Tidak ada satu pun yang akan pudar dari ingatannya. Sekalipun sehingga dia mati!

Aisya diam melihat pada Riyyadh. Wajahnya kosong tidak bereaksi. 

"Aisya ni perempuan yang kotor. Jalang. Pelacur. Tempat Aisya dulu di kelab malam. Jadi, kenapa tuan menangis untuk Aisya? Hidup Aisya dah lama hancur. Hati Aisya juga dah lama mati. Aisya dah tak ada apa-apa untuk diberikan pada tuan lagi. Semuanya tuan dah rampas dari Aisya. Semua...termasuk hati dan jiwa Aisya..." Jari telunjuknya ditekan kuat pada bahagian dada kirinya.

"Allah..." Riyyadh tertunduk. Badannya bergoncang kencang bersama esakan yang hebat mengasak dadanya. 

Perlahan-lahan tubuhnya lemah melorot ke lantai di dalam keadaan yang berlutut tepat di hadapan Aisya. 

Tiada kata-kata yang mampu dilontarkan lagi. Sesungguhnya, tangisan Riyyadh di saat itu begitu luar biasa esakannya. Seakan-akan dadanya dicarik kasar dengan mata pisau yang tajam meleraikan setiap cebisan isi dagingnya.

Aisya juga menangis. Namun tidak teresa-esak seperti Riyyadh. Aisya hanya diam mengalirkan air matanya. Kepala dialih ke arah lain. Tidak mahu bertentang mata dengan Riyyadh. 

"Flower..." Riyyadh memanggil Aisya. 

"Flower, pandang hubby sayang."

Aisya menggeleng sebelum menekup mulutnya dengan erat. Dia tidak mahu menangis di hadapan Riyyadh lagi. Sebolehnya juga dia tidak mahu kelihatan lemah pada mata lelaki itu. 

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now