TANGAN dimasukkan ke dalam poket hoodie miliknya sambil mata meliar melihat makanan yang berada di rak serta minuman di dalam peti sejuk kaca itu . Kepala hoodie yang menutup kepala dan wajah itu diperbetulkan . Liur ditelan bila dia merasakan perutnya lapar .Pintu sejuk itu ditujui lantas mengambil satu botol kecil susu strawberi . Dia tersenyum melihat susu tersebut sebelum memandang sekeliling . Lantas susu itu dimasukkan ke dalam poket bajunya .
Seroja membawa langkah untuk keluar dari kedai tersebut . Dia memandang staf yang bekerja di kaunter sibuk menguruskan pembayaran seorang lelaki yang segak dengan baju kemejanya . Namun tanpa sedar dia diperhatikan .
" Cik ! Kejap ! " Qaid yang sedar pekerja di kaunter itu bersuara serius memandang gadis di belakangnya . Dia juga turut menoleh memandang gadis itu . Dinilainya pemakaian Seroja dari atas hinggalah ke bawah .
Penjaga kaunter itu keluar dari tempatnya menuju ke arah Airis yang sudah terkaku tidak bergerak . Dia memandang tiga orang pelanggan yang juga sedang memandangnya .
" Boleh saya sportcheck cik kejap ? Baru-baru ni ada kes mencuri kat kedai ni itu yang saya nak tengok "
" Check apanya ? Awak nak menuduh saya ke ? " gadis itu mengukir senyuman dan menggeleng . Dia menarik tangan Seroja dari poket itu keluar secara drastik . Alangkah terkejutnya satu botol susu strawberi tergolek jatuh keluar dari poket tersebut .
Seroja mahu melarikan diri namun sempat kepala hoodie yang melorot jatuh itu ditarik seseorang dan itu mampu mengunci pergerakannya . Dia menoleh memandang Qaid yang memandangnya serius .
" Kau nak lari mana ? " serius Qaid bertanya .
" Jadi kau la yang mencuri dalam kedai aku ni sebelum ni ye ? Kau tunggu aku panggil polis " gadis itu mencerlung tajam Seroja sambil dia mengeluarkan telefon namun dihalang Qaid untuk membuat panggilan polis .
Gadis itu mengetap bibir cuba untuk melepaskan diri dari genggaman Qaid namun siapa sangka lelaki itu menggenggam kepala hoodie nya agak kuat .
" Lepaslah ! "
" Lepas ? No ! Dah mencuri tu tetap salah . Cik , berapa harga susu tu ? Saya bayar . Dia ni biar saya bawa jumpa polis terus " tangannya menggenggam lengan Seroja kuat . Gadis itu meronta tidak sikitpun memberi kesan kepada Qaid untuk menahannya .
Bayaran dibuat sebelum dia mengheret Seroja . Tidak diendahkan dengan pandangan sekeliling . Qaid membawa Seroja menuju terus ke cafenya . Nasib sahajalah sederet dengan 7 Eleven tadi .
Saat itu dia terlihat Yara dan Nurhan . Mereka pun melihatnya dengan pandangan terkejut . Pasti permikiran mereka menganggap yang dia menculik seorang budak . Nak pula Seroja ini kecil orangnya .
" Eh ! Qaid ? "
" Han , Yara "
" Lepaslah ! Jauhnya pakcik bawa saya ! " Seroja memarahi Qaid geram . Ditarik paksa tangannya itu dari dipegang lelaki itu lagi . Pergelangan tangannya itu diusap kecil sebelum dia cuak memandang seorang pegawai polis di hadapannya .
" Kenapa ni ? Kau culik budak ke apa ? " Nurhan memandang rakannya tidak percaya bila lelaki itu bersama gadis muda . Yara memandang gadis itu dari atas ke bawah . Sekadar memakai seluar slack dan hoodie kuning . Rambut ikal mayangnya terurus panjang .
" Why Qaid ? "
" Budak ni mencuri susu strawberi kat 7E . Aku bayarkan susu tu sebab dah kantoi dengan staf 7E tu sendiri . Dia nak bawa budak ni pergi balai tapi tak apa aku yang tolong settlekan " Qaid memegang semula lengan gadis itu bila merasakan gadis tersebut bakal mahu berlari pergi .
" Then ? "
" Aku tahu Yara akan datang sini harini . Yara , ajar sikit . Haih... dah la degil ! "
" Bila masa pula saya degil ? " Seroja memberontak marah . Marah dengan Qaid dan takut dia bakal dibawa ke balai polis atas sebab dia mencuri tadi . Firasat hatinya pasti pegawai polis ini adalah rakan lelaki itu .
Yara melangkah perlahan mendekati Seroja dengan tangan disilang ke dada . Seroja agak terkaku saat dagunya ditolak lembut oleh Yara ke atas menggunakan jari telunjuknya . Lagak psiko . Dia mahu menambah rasa takut dalam diri gadis itu .
" What your name ? "
" Airis . Seroja Airis " yakin Seroja menjawab . Yara mengangguk . Yara memandang Nurhan dan Qaid dengan wajah seriusnya sebelum dia menjauhkan tangannya dari menolak dagu Seroja lagi . Seroja sekadar memerhatikan wanita dihadapannya yang memandang serius Qaid .
" Lepaskanlah dia . Awak dah bayar pun kan susu tu untuk dia ? Jangan nak tambah kerja saya kat balai boleh ? "
" Eh ! Mana boleh ! Mencuri tu satu jenayah . Awak sebagai Inspektor polis mesti awak tahu kan ni satu kesalahan ? Silap hari bulan budak ni jadi penyangak negara . Siapa susah ? Menjawablah nanti awak kat akhirat kalau awak bebaskan penjenayah macam ni sesuka hati je " Yara menjeling geram . Matanya dan Qaid bertembung seketika sebelum dia yang melarikan pandangan .
Yara memandang kembali Seroja . Diteliti wajah itu sebelum mata jatuh pada pergelangan tangan Seroja yang sedikit berlirat . Saat dia mahu memegang tangan itu , pantas Seroja menariknya jauh . Gadis itu menelan liur perit menyorokkan tangannya itu .
" Bagi sini tangan , saya nak tengok . Kenapa awak mencuri ? Awak duduk mana ? " soalan itu tidak Seroja menjawab . Yara menghembus nafas perlahan bila gadis itu menyorokkan tangannya . Pantas direntap tangan itu dan diselak luas lengan bajunya . Terdiam mereka bertiga saat itu melihat segala banyak birat merah seakan dipukul di tangan gadis muda itu .
" Ya Allah ! Siapa buat awak macam ni ? " Nurhan bertanya risau . Pantas Seroja menarik tangannya semula . Dia memastikan yang tangannya tidak ditarik lagi oleh Yara . Hal ini tak patut diketahui orang lain .
" Saya janji tak mencuri lagi . Boleh saya balik ? Saya sibuk . Kalau saya mencuri , saya akan terima balasan Allah pada saya . Pakcik , terima kasih sebab bayarkan " dia mengangkat tangan tanda bersumpah lalu mengoyangkan botol susu strawberi itu tinggi paras dadanya . Seroja bersumpah dan berjanji yang dia tidak akan mencuri lagi .
Lambat mendapat balasan dari ketiga-tiga manusia di situ , terus sahaja Seroja beredar pergi pantas . Tidak mahu dia berada di situasi gentir ini . Buat menambah masalah hidupnya yang memang sudah bermasalah sahaja .
Dia dengar suara Qaid bising-bising . Mungkin bertekak dengan pegawai polis itu soal kenapa dia dilepaskan . Dia mencuri bukan saja-saja . Sudah sehari dia disekat dan dilarang untuk menjamah makanan di rumah oleh Mak Ngah Anisa .
Duit ? Nak ada satu ringgit pun payah . Semua gara-gara Mak Ngah Anisa dan Pak Ngah Zul perangai serupa iblis itu . Hasil titik peluhnya semua diambil paksa oleh dua orang itu . Dia tidak sanggup mahu berlawan kerana teringatkan pesanan ibu .
Bilalah dia akan keluar dari penjara sebegini ?
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Lãng mạn04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...