SEERAT mungkin ditarik Seroja rapat dengannya . Gadis itu mengetap bibir sambil merenung mata Puan Zahara yang masih tidak berpuas hati dengannya .
Lagi menyakitkan hati , Shamina juga ada disini . Tak ada kehidupan ke apa perempuan ni asyik nak bertandang di rumah umi sahaja ?
" Keputusan Qaid muktamad . Qaid tak akan kahwin dengan Sha . Never ! "
" Memang nak jadi anak derhaka ke ? "
" Derhaka apanya umi ? Qaid nak kahwin atau tak itu hal Qaid . Buat apa Qaid nak kahwin lain sedangkan Qaid masih ada seorang isteri yang boleh bahagiakan Qaid sampai mati ? Hanya Seroja je isteri awal dan akhir Qaid . Tak akan ada yang lain " dia masih menegakkan kehendaknya .
Sudah jelas wajah umi masam cemberut . Shamina juga begitu . Seakan angan-angan mahu bersuamikan Megat Qaid itu punah ditelan tanah .
" Apa bagusnya Seroja ni nak dibandingkan dengan Sha ? Keturunan ? Sah-sah la tak ada . Buruk belaka ! "
" Semua orang ada jalan cerita baik buruk hidupnya sendiri umi . Qaid nak pesan ye , sekali lagi Qaid dengar umi ataupun Sha hina isteri Qaid , Qaid tak balik rumah ni lagi sampailah umi boleh terima isteri Qaid semula . Kebahagiaan Qaid adalah Seroja . Hanya Seroja Airis ! Dia juga bakal ibu kepada anak-anak dan cucu umi nanti ! "
Puan Zahara mengeluh berat . Mahu bagaimana lagi ingin dipujuk anak lelakinya agar ikut kata-katanya . Sudahlah dia tiada sokongan . Nak harapkan suaminya dan anak perempuannya langsung dua-dua itu menyokong Qaid .
" Suka hati kamulah ! Umi tak akan suka Seroja ada dalam keluarga kita ! " umi mahu membawa kaki untuk ke tingkat atas . Tangan Shamina sudah digenggam agar mengekorinya sekali .
" Apa dosa Seroja pada umi ? Apa yang jadi ni bukan Seroja yang minta . Tak boleh ke umi bagi Seroja peluang ? " Seroja bersuara setelah sekian lama berdiam diri . Terhenti langkah umi saat itu .
Shamina sudah memandang Seroja tidak berpuas hati . Berani gadis itu bersuara sekarang ini ?
Dengan perlahan umi memusingkan tubuh memandang Seroja dengan pandangan tajam . Wajah itu sungul merayu meminta keampunan dan penerimaannya di dalam keluarga ini .
" Umi , kalau ada dosa Seroja pada umi , Seroja minta maaf pada umi . Tapi tolong , bagi Seroja peluang untuk jadi menantu umi . Seroja janji jadi isteri dan anak yang baik untuk Qaid , abah dan umi sekeluarga . Seroja janji ! " dia mengangkat tangannya separa dada tanda dia berjanji dengan kata-katanya itu .
Shamina menyilang tangan ke dada merenung Seroja yang baginya amatlah kesian sekarang ini . Dia yakin dialah yang akan menjuarai dalam kategori gadis dan calon menantu pilihan umi .
Seroja ? Tak layak !
" Aku nak Qaid kahwin dengan Sha "
" Umi ! " Qaid bersuara marah pada umi . Dia amat geram dengan wanita itu yang tak habis-habis nak dijadikan Shamina sebagai menantunya . Seroja ini tak cukupkah ?
Seroja memegang lengan suaminya dan diusap lembut . Dia mahu Qaid bertenang dan biar sahaja dia bersuara untuk masa ini setelah sekian lama dia asyik berdiam diri .
Dia perlu kuat untuk menyuarakan hak dan pendapatnya . Dia juga manusia ada hati dan perasaan .
" Seroja tak akan bagi suami Seroja kahwin dengan mana-mana perempuan melainkan Qaid sendiri yang nak kahwin lagi . Kalau Qaid nak , Seroja tak akan halang dengan atas sebab yang munasabah . Kalau Qaid nak kahwin lain itu bermakna Seroja gagal jadi isteri Qaid . Bagi Seroja itu paling logik akal sekarang ni "
" Buktikan la yang kau boleh jadi isteri terbaik untuk Qaid " Shamina sengaja nak mengapikan Seroja . Dia tersenyum sinis pada gadis itu .
" Boleh je tapi kau angkat kaki dulu "
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romansa04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...