CHAPTER 31

1.9K 89 8
                                        

SEROJA menyudahkan mencuci pinggan di singki . Tangannya yang basah dikeringkan menggunakan tuala kecil . Dia menoleh seketika ke arah muka pintu dapur bila kedengaran suara umi sedang berbual dengan seseorang .

Dia melangkah ke arah ruang tamu . Langkahnya terhenti saat melihat Shamina yang sedang berbual mesra dengan Puan Zahara . Mesra sangat !

Mereka berdua menoleh memandang Seroja yang tercegat di situ . Shamina pamer wajah menyampah sebelum dijelingnya gadis tersebut .

" Haa Seroja ! Pergi buat air untuk Sha ni . Penat dia baru sampai "

" B... Baik umi " dia akur dan melangkah semula ke dapur . Langkahnya dihentikan di hadapan kabinet dengan seribu persoalan di benak akalnya .

Hairan bila melihat ibu mertuanya itu sudah rapat kembali dengan Shamina . Kata Qamar , sudah lama Shamina tidak berjumpa dengan Puan Zahara disebabkan Qaid mengahwininya . Jadi itu yang buatkan gadis itu patah hati . 

Sudah berbaikkah umi dengan Shamina ? Tapi sejak bila ?

Tangan mula mencapai jug air dan kordial untuk membuat air sejuk . Akur sahaja dengan permintaan umi kepada tetamunya itu .

Sudah siap membuat air , Seroja melangkah ke arah ruang tamu dengan menatang dulang air . Diletakkan dulang tersebut di atas meja . Air dituang dan Shamina memandangnya dengan penuh sinis .

" Tak ubah macam orang gaji " tersentak Seroja dengan bisikan membawa sindiran itu . Dia yakin Puan Zahara tidak mendengar apa yang Shamina cakap .

Dia memandang seketika Shamina sebelum cawan diletakkan di hadapan gadis itu dengan wajah masam . Memang dia tak suka gadis Shamina mina eh eh waka waka eh eh ni .

" Seroja naik dulu ye umi ? Sha jemputlah minum " dia mahu membawa diri untuk ke bilik . Sejak mengandung ni dia kerap diserang sakit kepala . Nasib sahaja setiap malam suaminya akan mengurut kepalanya untuk menghilangkan rasa sakit tersebut .

" Eh ! Kejap ! Umi nak cakap dengan kamu sikit . Duduk sini " Puan Zahara menarik tangan menantunya agar duduk di sisinya . Seroja akur dan duduk di situ .

Senyuman diukirkan buat umi tercinta . Wanita itu tersenyum kecil padanya sebelum memandang Shamina . Tangan Seroja dipegang lembut .

" Kamu sayangkan Qaid kan ? " soalan ditanya . Seroja mengangguk dengan pertanyaan hairan umi . Sudah kenapa tanya soal sayang tak sayang ni ? 

Qaid kan suaminya . Siapa tak sayang suami sendiri ?

" Sanggup buat apa je kan untuk Qaid ? Untuk keluarga dia ?  Untuk umi ? " jantung Seroja berdegup laju dengan pertanyaan cemas umi . Dia dapat rasakan ada maksud tersirat disebalik pertanyaan Puan Zahara kini .

" S... Sanggup " yakin tak yakin Seroja menjawab . Lebar senyuman umi sebelum dia mengukirkan senyuman buat Shamina .

" Umi nak Qaid kahwin dengan Sha lepas kamu bersalin " tergamam Seroja dibuatnya . Senyuman yang tadi dia ukirkan kini cepat memudar . Dia tersenyum kelat dan berharap ini satu jenaka yang umi reka .

" Kenapa pula Qaid nak kena kahwin dengan Sha ? Seroja kan masih isteri dia , umi ? Umi gurau je kan ? "

" Apa pula gurau ? Lelaki boleh kahwin lebih dari satu takkan kau tak tahu ? Qaid tu ada tiga lagi kosong dan tempat kekosongan tu boleh diisi . Betul tak umi ? "

Berdesing telinga Seroja saat Shamina memanggil Puan Zahara dengan panggilan umi . Dia memandang gadis itu yang kini sedang senyum kemenangan .

" Ye betul . Lagipun Qaid mampu "

" Tapi kenapa umi nak Qaid kahwin lagi ? Habis Seroja ? Umi , Seroja ada buat salah lagi ke pada umi sampai umi buat keputusan macam ni ? " separuh menjerit Seroja dibuatnya . Dia menahan diri daripada mengalirkan air mata .

QAID BUAT SEROJATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang