CHAPTER 33

2K 95 2
                                        

BERKALI-KALI Seroja cuba menelefon suaminya namun satu panggilan pun tidak lelaki itu angkat . Mundar-mandir dia di dalam rumah itu dengan perasaan gelisah .

" Allahu Akhbar... mana awak ni , Qaid ? " jam di dinding dilihat seketika . Sudah masuk 8 malam namun suaminya langsung tidak pulang lagi .

Memang Qaid ada menghantar pesanan mesej pagi tadi sewaktu lelaki itu sudah ke pejabat yang menyatakan dia akan pulang lewat sedikit dari biasa .

Tapi ini dah lewat sangat ni . Suaminya tak pernah pulang lewat macam ni .

Seroja melabuhkan punggung di atas sofa dan menghembus nafas berat . Dia berasa sedikit marah dengan Qaid yang mengabaikan panggilannya .

" Hish angkatlah ! Tolonglah jangan buat kita risau ! " lagi dan lagi dia menelefon Qaid namun sama sahaja . Telefon suaminya itu tak langsung dimatikan dan dia dapat agak yang Qaid sengaja tidak mahu menjawab panggilannya .

" Kalau merajuk dan marah pada kita pun takkan tak nak balik rumah langsung ? Tolonglah jangan buat kita macam ni , Megat Qaid... " dada Seroja mula sebak .

Empangan matanya mula menakung air jernih . Dia dapat rasakan sesuatu yang tidak baik saat ini . Dia dapat rasakan yang Qaid tidak akan pulang ke pangkuannya semula .

" Nak sangat kita kahwin dengan Sha kan ? Nak sangat cabar kan ? Haa tunggu ! Kita akan kahwin dengan dia . Masatu nak menangis meraung itu tak guna lagi , Seroja . Ingat balik apa yang kita cakap pada awak sebelum ni "

Kata-kata pagi tadi mula berlayar di kotak fikirannya . Saat itu juga darahnya mula berderau dan tubuh mula merasakan sesuatu ketakutan .

" Ingat balik apa yang kita cakap pada awak sebelum ni " baris ayat itu . Ada maksud tersirat disebaliknya . Seroja cuba berbalik kepada memori lama sewaktu dia dan suaminya bergaduh sebelum ini .

" Lagi sekali awak cakap pasal ni , awak tak akan jumpa kita lagi . Nak macam tu ke cinta ? " membulat mata Seroja dan sejurus itu ditekup wajahnya dengan kedua tangan . Badannya sejuk mengigil dan menghambur tangis penuh esak .

" Allah... awak tinggalkan kita ke , Qaid ? " bergetar suara itu . Dia dapat rasakan Qaid sudah meninggalkannya .

Lelaki itu pantang dicabar . Kalau dia sudah kata dia akan berani buat , dia akan buat . Jangan dicabar kesabaran orang yang telah kuat bersabar seperti Qaid .

Suaminya mungkin sedang tertekan dengannya sehingga membawa diri pergi untuk meninggalkannya . Di sudut hati lain , Seroja sudah menggelarkan dirinya isteri yang cukup teruk .

Melawan perintah suami , menjawab kata suami dan apa yang ditegah Qaid itulah dia lawan . Dia terlalu mengikut apa yang umi mahu sampaikan rasa hormatnya pada Qaid hilang begitu sahaja .

Isteri patut taat kepada perintah suaminya . Syurganya ada pada Qaid dan dia telah membuatkan syurganya itu jauh pergi darinya . Syurganya bukan ada pada umi .

Umi adalah wanita yang perlu dia hormat sebagai mertuanya . Dia terlalu hormatkan umi sehingga bersikap kurang ajar pada suami sendiri . Apa yang uminya cadangkan adalah satu dosa dan dia orang yang paling bodoh hanya sekadar turuti sahaja .

Ya Allah Seroja... Kau dah buat silap besar !

" Awak... "

════ Qᴀɪᴅꜱᴇʀᴏᴊᴀ ⚘ ════

Qaid duduk termenung bersandar pada dinding masjid usai selesai menunaikan solat isyak . Jam sudah menginjak pukul 8.45 malam dan daripada maghrib tadi dia ada di sini .

QAID BUAT SEROJATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang