CHAPTER 07

1.5K 95 3
                                    

SUSAN memperbetulkan kolar baju kemejanya di hadapan cermin . Gadis itu bersolek tipis sambil mata memerhati Seroja yang duduk di birai katil dengan pantulan cermin . Termenung jauh .

" Seroja ? Are you okay ? " Seroja mengukirkan senyuman tipis dan mengangguk sahaja .

Tak puas hati dengan respon itu , Susan melangkah ke arah gadis tersebut . Dihenyak punggung di sisi Seroja . Mata itu sembab namun dia malas nak tanya lebih-lebih dengan keadaan Seroja sekarang .

" If you want to share your problem , you can tell me . I am good listener . Kadang masalah Encik Qaid pun I dengar "

Seroja sekadar pamer senyuman . Bila Susan dah kata dirinya adalah pendengar terbaik dan Qaid pun juga berkongsi masalah dengan gadis itu , pasti Susan ini boleh dipercayai .

" Saya okay "

" You jangan segan dengan I , Seroja . We are the same age and we can be friends too if you want . Kenapa ? Encik Qaid ada marah you ke ? " laju Seroja menggeleng .

Nak kata Qaid marah rasanya setiap kali bercakap dengan lelaki itu pun dia kena marah . Banyak telan tebuan agaknya lelaki itu . Tu yang mulut puaka semacam bila bercakap !

" Serabut sikit . Tapi tak serius pun "

" Hmm... faham . Lepas apa yang jadi I tahu mesti you tak okay kan ? Cari ketenangan kat sini okay ? Pasal Encik Qaid tu dia memang garang sikit tapi dia baik tau . Ouh ya Seroja , May I have your phone number ? Encik Qaid ada suruh minta tadi " telefon pintarnya dihulur pada gadis itu .

Terus sahaja Seroja memasukkan nombor telefonnya . Setelah selesai diserahkan kembali telefon itu . Tangan Seroja dipegang kemas .

" Jom turun ? Takut nanti kalau I turun sorang , Encik Qaid tanya you mana pula " Seroja akur bila tangannya ditarik Susan keluar daripada bilik itu .

Mereka berdua melangkah menuruni tangga bersama . Dapat dirasakan yang Qaid sudah ada di bawah kerana dia melihat suit lelaki itu yang terletak kemas di atas sofa .

" Ingatkan nak membuta lagi... " sampai sahaja di anak tangga terakhir awal-awal pagi macam ni sudah telinganya ditampar dengan sindiran . Kepala menoleh memandang Qaid yang sedang membutang lengan baju putihnya . Susan sudah bawa langkah ke dapur .

Qaid tersenyum sinis sebelum dijelingnya Seroja . Gadis itu sudah menyumpah seranah dengan mulut sahaja yang bergerak . Nak cakap kuat-kuat mahu pagi-pagi ini lagi dia sudah selamat ditendang keluar dari rumah ini .

" Harini aku dengan Susan kerja . Kau duduk rumah ni tak payah nak lari ke apa eh ? Tapi kalau kau nak lari juga lantak kau and lepastu jadi apa-apa aku tak nak tahu... tak nak tanggung ! " Seroja mendengus kecil sebelum dia membawa langkah ke sofa .

Eish ! Tahulah ! Ingat dia ni nak lari macam tu je ke ? Takkan dia mahu lari selepas Qaid sudah menyelamatkannya dari rumah jahanam itu . Dia masih terhutang budi dengan lelaki itu .

" Encik Qaid , your coffee and this is yours , Seroja " satu cawan susu suam diberikan padanya . Tangan itu terus mencapai mug kaca berwarna hijau tersebut .

Aduhai... segan betul air pun orang buatkan ! Dengan lembut dia meneguk sedikit susu suam itu . Matanya memandang Susan yang sedang memperbetulkan tali leher Qaid .

Kalau dah bos-bos kan ? Tali leher pun nak minta assistant yang pakaian . Macam tangan tu dah putus tak boleh nak pakai lagi !

Qaid bergerak mencapai kunci keretanya . Suit jaket disangkut pada lengan dan dibawa langkahnya bersama Susan menuju ke pintu . Seroja juga ikut sekali . Yelah , siapa pula nak tutup pintu nanti kan ?

QAID BUAT SEROJAWhere stories live. Discover now