CHAPTER 24

1.5K 78 0
                                    

BARANG dikemas Seroja dan dimasukkan ke dalam beg pakaian . Dari barang dia dan Qaid semua dia dah siapkan di dalam satu bagasi .

Qaid yang keluar dari kamar mandi hanya bertuala di pinggang dipandang seketika . Rambut yang sedikit menutup wajahnya diselitkan kebelakang telinga .

" Kita dah letak baju awak kat katil tu . Pakailah "

" Thank you cinta "

" Welcome " dia menutup beg bagasi . Dia yang hanya duduk bersimpuh di atas lantai bergerak pula ke meja solek . Barangan kosmetik miliknya dikemas dan disusun di dalam satu beg .

" Barang awak atas ni nanti awak simpan dalam beg ni tau lepas awak guna . Boleh kan ? "

" Iye boleh nanti kita buat " Qaid pamer senyuman usai menyarungkan baju T Polo di tubuhnya . Dari tadi dia memerhatikan Seroja yang berkemas itu ini . Kali ini dia melihat pula isterinya itu mengemas katil pula .

Mereka akan bergerak pulang ke kampung Seroja . Kata Qaid , mahu dibawa Seroja berjumpa Mak Diha yang tidak dapat hadir ke majlis pernikahan mereka semalam . Ada urusan yang tak dapat dielakkan katanya .

Semalam juga keluarga Seroja seorang pun tidak hadir meskipun Mak Ngah Anisa atau Pak Ngah Zul . Pak Su Azhar tidak dapat pulang ke Malaysia pula . Yang itu Seroja faham .

Tapi tak terkesan apa pun kalau mak ngah tak hadir ke majlis pernikahannya selepas dia teringatkan apa yang wanita itu pernah lakukan padanya . Menjualnya .

" Cinta ! Cinta nak pahala tak ? "

" Mestilah nak . Awak nak kita tolong apa ? " terus kaki dihayun ke arah suaminya yang berdiri di hadapan meja solek . Suaminya yang duduk di atas kerusi itu dipandang dengan tanda tanya .

" Tolong siapkan kita " Seroja menahan senyum sebelum tangan mengambil sikat ditangan suaminya . Mulalah tu nak mengadanya . Tanpa bantahan dia menyikat rambut Qaid seperti gaya lelaki itu yang selalunya menyikat gaya side bangs .

Tangan Qaid menarik rapat tubuh Seroja . Kedua-dua tangannya memegang kemas pinggang isterinya . Gadis itu menggeleng perlahan dan dia biarkan sahaja apa yang suaminya lakukan .

" Cakap jelah nak peluk kita . Ini bagi alasan suruh kita sikatkan rambut dia pula . Mengada ! "

" Eh ! Mana ada ! Kita memang nak bagi pahala pada isteri kita la " Seroja menarik hidung suaminya sehingga Qaid mengaduh sakit . Lelaki itu tertawa sebelum memeluk tubuh Seroja . Disembamkan wajahnya pada perut gadis itu .

Terus Seroja mengusap rambut suaminya . Dia suka Qaid yang ini . Mulut manis dan manja bukan yang jenis nak marah itu . Berubah drastik lelaki itu setelah melafazkan akad nikah kepadanya .

Dia rasa bangga sekejap dapat ubah Qaid jadi macam ni . Kalau suaminya macam ini memang buat dia jatuh cinta la jawabnya !

════ Qᴀɪᴅꜱᴇʀᴏᴊᴀ ⚘ ════

Diikut sahaja suaminya menarik tangannya kemana . Kaki melangkah masuk ke dalam Rosebud Cafe . Kata Qaid mahu memantau keadaan cafe dan staf dahulu sebelum bergerak pergi ke Negeri Sembilan .

" Hi bos ! Hi Puan Seroja " sapa Dee yang sedang mengelap meja makan . Seroja ukirkan senyuman pada gadis itu . Gadis yang dia bertemu saat pertama kali menjejakkan kaki di dalam cafe ini dahulu .

Tak lepas gadis itu memandang Seroja yang mengenakan dress berwarna merah jambu separas betis . Rambut pula dialunkan lepas . Sangat cantik dan padan dengan Qaid .

" Hi Dee . Yang lain mana ? "

" Ada kat belakang . Cantiknya Puan Seroja... " Seroja mula tersenyum malu bila dipuji . Qaid merangkul bahu isterinya sebelum dia memandang Dee kembali .

QAID BUAT SEROJAWhere stories live. Discover now