CHAPTER 27

1.7K 81 1
                                    

MATA Seroja ditutup dengan kain itu dilihat seketika sebelum ditarik tangan itu menuju ke satu bilik . Isterinya sudah hairan dengan Qaid yang tiba-tiba sahaja berbuat begini .

" Awak ? Kita nak buat apa ni ? "

" I have suprise for you sayang . Wait " mereka berdiri di hadapan satu bilik . Ikatan di mata isterinya itu dibuka . Terkedip-kedip Seroja dibuatnya selepas buka . Ditoleh memandang si suami dengan wajah cemberut .

Sedar bibir isterinya itu memuncung , terus Qaid mengucup sekali dan itu mengundang malu Seroja . Dipukul lengan suaminya yang sering mengambil kesempatan diatasnya .

Pantang ada peluang !

" Cinta muncung lagi bibir tu , kenalah lagi "

" Fine . Apa suprise awak untuk kita tu ? " dia menyilang tangan ke dada dengan wajah yang malas . Geram dengan suaminya yang sering mengenakan dirinya .

Qaid menunjuk pada satu bilik . Seroja menoleh memandang pintu putih itu dengan kerutan dahi .

" Bukalah . Tengok ada apa kat dalam " Seroja terus membuka pintu bilik tersebut . Tergamam dia dibuatnya bila melihat satu bilik yang tersangatlah cantik .

Ada papan kanvas pelbagai saiz menghadap gelangsar pintu ke arah balkoni . Dinding pula dihiasi dengan tiga gambar perkahwinan mereka .

Dengan perlahan dia melangkah masuk . Qaid melihat isterinya yang kagum dengan apa yang berada di dalam bilik ini . Di satu ruangan terdapat almari yang menempatkan barangan seni lukis di situ .

Semua lengkap tak ada pun yang tertinggal . Terus Seroja menoleh memandang suaminya dengan pandangan tidak percaya .

" Awak ke yang sediakan semua ni ? Sebab tu awak larang kita masuk bilik ni betul tak ? " Qaid mengangguk .

" Awak kata awak tak nak sambung belajar dan nak duduk rumah siapkan makan pakai kita je . Kita pun sediakan la semua ni biar awak tak bosan sepanjang kita sibuk bekerja . Suka tak cinta ? " rasa terharu . Terus Seroja berlari memeluk suaminya .

Erat pelukannya sebelum dia menjengket mengucup bibir suaminya sekali . Ini yang bertambah sayang ni !

" Mestilah suka ! Susah-susah je ! "

" Tak susah pun . Awak dah jaga kita , layan kita itu pun kita tak terbalas tau . I want to appreciate you , sayang " dioegang kedua-dua pipi isteirnya itu sebelum tertawa gembira .

Lantas kucupan diberikan kepada dahi Seroja sebelum mereka berpelukan . Pelukan dileraikan dan dibawa isterinya menjelajahi bilik tersebut .

" Buatlah apa yang cinta nak kat bilik ni . This is your own room . Cinta ada hak dengan bilik ni nak buat apa je "

" Tak masaklah kita lepasni... "

" Aip ! " meletus tawa Seroja yang berpusing di ruangan itu . Terusan dia berlari anak kembali mendapatkan suaminya . Dia memeluk Qaid bagai tak mahu lepas .

" Thank you... Kita hargai sangat... "

" My pleasure , cinta . Malam ni kita makan luar nak ? Ada lagi suprise kita nak tunjuk kat awak "

" Ada lagi ? "

════ Qᴀɪᴅꜱᴇʀᴏᴊᴀ ⚘ ════

Pintu dibuka saat loceng rumahnya ditekan beberapa kali oleh seseorang . Puan Zahara memandang hairan Mak Ngah Anisa yang berdiri bersama suaminya di luar pagar .

Terusan dia menjemput kedua-dua pasangan itu masuk ke dalam rumah . Dia kenal ini siapa . Makcik dan pakcik menantunya .

" Ada apa ye datang sini ? Kalau cari Seroja dia tak ada kat sini . Dia ada kat rumah Qaid " Mak Ngah Anisa dan Pak Ngah Zul berpandangan sesama sendiri sebelum kedua-duanya tersenyum senget .

QAID BUAT SEROJAWhere stories live. Discover now