QAID melangkah ke arah Puan Zahara yang sedang memasak di dapur bersama adiknya Qamar . Sibuk dia memakai jam tangannya ketika itu .
" Umi nanti kalau Seroja dah bangun , suruh dia makan . Cakap kat dia yang Qaid suruh dia cuti je harini . Qaid pergi dulu la "
" Eh ! Kejap ! Awalnya Qaid nak pergi kerja ? Breakfast la dulu . Lagipun umi hairan kenapa Qaid bawa Seroja balik rumah ni . Tengah malam pula tu . Apa jadi ? " ditahan tangan anak bujangnya itu dari terus melangkah .
" Haah . Sedih je muka dia semalam . Kenapa bang ? " Qamar pula bertanya usai selesai mencuci pinggan .
Alangkah terkejut mereka satu keluarga ketika menonton movie bersama malam tadi , Qaid pulang dengan membawa Seroja . Bila ditanya kenapa , mereka berdua tidak jawab .
Qaid enggan menjawab . Dia tak mahu keluarganya tahu apa yang jadi pada Seroja . Semalam gadis itu ada cerita padanya perihal apa yang terjadi . Menyirap jugalah dia dengar .
Lagi satu dia tak mahu jejaskan maruah Alvies pada keluarganya . Keluarganya amat menghormati Alvies sebagai rakannya .
Tapi selepas apa yang berlaku boleh ke dia panggil Alvies rakannya ?
" Rumah dia kena masuk pencuri . Dia call Qaid itu yang Qaid tolong . Lagipun risaulah nak biar dia duduk rumah tu sorang-sorang " dengan bijak dia menipu . Sikitpun tak nampak penipuannya .
Membulat terkejut mata kedua-dua anak beranak itu . Tak sangka itu yang terjadi kepada Seroja . Pasti gadis itu takut bukan ? Simpati mereka pada Seroja .
" Ya Allah yeke ? Habis macam mana semalam ? "
" Macam tulah . Dah la umi Qaid gerak dulu . Kau dik jaga Seroja tau . Kau dah la tak buat apa " dia menyalami tangan umi . Qamar memukul lengan abangnya itu geram .
" Eh ! Adik isteri orang la . Duduk rumah sambil tunggu duit suami tercinta yang sibuk bekerja untuk isteri dia ni . Haih... bila la Man nak balik dari oustation ? "
Suaminya bekerja sebagai pengurus syarikat keluarganya . Kira suaminya ini datang dari keluarga yang berada . Dia tak kisah suaminya , Aiman itu sibuk bekerja janji lelaki itu setia . Dia tahu suaminya yang kuat pegangan agamanya akan baik-baik sahaja .
Qaid malas mahu melayan drama pagi adiknya . Terusan dia keluar dari pintu dapur pantas dan berselisih dengan Encik Al-Qassam . Tangan dihulur untuk bersalam dengan lelaki itu .
" Qaid gerak dulu bah " senyuman diukirkan sebelum melangkah keluar . Hairan abah bila melihat gopoh anaknya mahu keluar bekerja harini .
" Itu kenapa anak awak tu nak cepat-cepat ? Pukul 8 pagi pun belum . Dia bukannya staf nak masuk kerja on time "
" Entahlah bang . Ada hal la tu . Mari makan ? "
" Mana Seroja ? " mereka sudah mengambil tempat masing-masing di meja makan itu . Qamar menyendukkan nasi goreng buat si abah . Umi pula menuangkan air panas buat suaminya .
" Dia tidur lagi . Nampak letih tu biarlah dia . Abah tahu tak rumah dia kena masuk pencuri semalam . Abang Qaid yang cerita " Qamar menjawab soalan abah . Seroja masih tidur di dalam biliknya .
" Lah yeke ? Itu mesti dia takut tu . Jadi macam mana ? "
" Qaid kata macam tulah . Tak fahamlah saya dengan anak abang tu " dia mengambil tempat di satu kerusi kosong . Berkerut seribu dahi Encik Al-Qassam sebelum doa makan dibaca sebagai pembuka .
════ Qᴀɪᴅꜱᴇʀᴏᴊᴀ ⚘ ════
Alvies yang baru sahaja mahu gerak pergi kerja agak kabut langkahnya bila terdengarkan loceng rumah ditekan tidak henti-henti . Terus pintu dikuak dan dia memandang Qaid yang berdiri di luar .
![](https://img.wattpad.com/cover/322756847-288-k425762.jpg)
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romance04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...