ALVIES tidak habis-habis merenung Seroja . Cantik . Lagi bertambah cantik bila pakaian Seroja hari ini lebih style . Berpakaian kasual seperti mengenakan skirt putih separas betis dan berkemeja biru muda yang di selit masuk ke dalam skirt tersebut . Ada solekan tipis dan rambut pula dilepas kemas .
Seroja yang sedang menyedut minuman sejuknya mula malu bila mata kelabu itu tak habis-habis merenungnya . Aduhai... dah la mata cantik gila tak cair ?
" Kenapa tenung saya macam tu ? "
" I saw my angel " Seroja menunduk malu . Dia tertawa kecil sebelum rambut diselitkan kebelakang telinga . Alvies ini tak pernah buat jantungnya berdegup laju .
Pada hari ini dia dan lelaki itu keluar bersama memandangkan hari ini Alvies tidak masuk ke pejabat . Katanya mahu mengotakan janjinya pada Seroja untuk membawa gadis itu jalan-jalan .
Padahal Seroja tak kisah pun semua itu . Tak berharap dan menunggu Alvies membawanya keluar . Lagipun dia siapa nak melebih-lebih ?
" Serious awak cantik sangat harini . Beli baju baru ke ? Nak kata pinjam Yara , rasanya dia tak ada baju yang macam ni " Alvies kenal Yara selepas Nurhan dan Qaid menceritakan keperibadian gadis itu padanya .
Dia pada awalnya terkejut juga Nurhan kahwin dengan pegawai polis . Sudahlah dia kawan baik Nurhan . Mahu dia buat hal tak pasal-pasal Yara cekup dia . Peduli apa kalau kawan suami atau tidak ? Kalau undang-undang tetap undang-undang .
Lagipun Alvies baik . Nakal sikit je tapi jangan risau .
" Ouh... ini Qaid yang belikan "
" Q.. Qaid ? " Seroja mengangguk . Alvies berdehem seketika sebelum cawan ice lemon tea miliknya disedut sedikit . Rasa perit pula tiba-tiba .
" Bila pula Qaid belikan ? " Seroja mula naik hairan bila Alvies makin mendalam bertanya perihal ini . Nada suara itu pun dah berubah dari yang biasa .
Itu kenapa suara macam tu ? Ada masalah ke kalau Qaid yang belikan ?
" Hari yang awak janji nak bawa saya keluar tu . Saya keluar dengan Qaid . Saya dah tolak tapi dia paksa " sekadar anggukan sahaja Alvies berikan .
Sudah masuk lima hari dia mengenali Seroja dari hari pertama pertemuan mereka sehinggalah hari ini . Matanya suka melihat Seroja . Seorang yang cantik... baik .
Boleh dikatakan ini gadis melayu yang membuatkan dia tertarik . Kenapa baru sekarang dia sedar yang perempuan melayu ini kebanyakkannya cantik-cantik ?
" So macam mana awak sekarang ? Okay ? "
" Okay . Adanya awak , Qaid , Nurhan Yara buatkan saya tenang . Saya terhutang budi pada awak semua yang sanggup ada dengan saya meskipun kita baru je kenal "
" Selagi boleh buat baik , kenalah buat my dolcezza . Han yang cakap macam tu " Seroja pamer senyuman . Jantungnya seakan mahu melompat keluar bila berhadapan dengan Alvies .
Wahai jantung ! Tolonglah jangan buat perangai masa sekarang ni !
Alvies tertawa perlahan bila melihat wajah Seroja yang seakan gemuruh . Dia dengan kening yang terjungkit dan tangan mengusik seketika hidungnya sebelum memandang Seroja . Gadis itu hairan dengan lelaki ini sekarang .
" Kenapa awak gelak ? "
" Cute . Are you shy with me , dolcezza ? "
" Eh ! Tak la ! "
" Yeke ? Tapi kenapa blushing sangat ni ? Hm ? " Seroja tertunduk menahan senyum . Rasa nak menjerit bila Alvies macam ini dengannya .
Dan ya ! Butterfly kali ketiga !
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Roman d'amour04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...