HALAMAN rumah disapu Seroja Airis sedikit sebelum dia bertindak mahu beredar pergi ke kerja semula . Sekadar berjalan kaki kerana tidaklah jauh warung Mak Diha itu dengan rumahnya .
Sambil berjalan , dia memperkemaskan ikatan rambut yang diikat kuda itu . Senyuman dia terukir bila melihat Mak Diha yang sedang menyusun atur lauk pauk untuk sarapan pagi .
" Asalamualaikum Mak Diha ! " dengan kejutan , Mak Diha terperanjat dek sergahan gadis muda itu . Terus sahaja dipukulnya Seroja Airis geram . Gadis itu bukan reti sakit malah ketawa melihat wajah Mak Diha .
" Eish ! Airis ! Kamu ni menempah maut betullah ! Ini kalau aku pegang pisau , dah mati kamu aku tikam sebab terkejut "" Hehe... sorry Mak Diha . Janji lepasni buat lagi " kepalanya diketuk lembut oleh Mak Diha . Seroja Airis terseringai ketawa . Gadis itu memandang Daim yang sedang mengangkat dulang dan diletakkan di atas meja-meja .
Gigih anak muda 12 tahun itu . Rajin menolong ibunya ketika waktu kecil macam ni . Ringan tulang sungguh ! Cuti-cuti pun ada muka itu di warung ini pada pukul 6.50 pagi macam ni .
" Eh ! Airis la ! " saat dia sedang menyusun kuih-kuih di dalam bekas untuk diletakkan ke dalam pinggan , dua orang lelaki kampung ini datang dengan sengihan kambing .
Dia kenal sangat . Anak ketua kampung dengan kawannya . Boleh tahan kaki ngayat perempuan juga ni . Kacak tu kacak tapi bukan taste seorang Seroja Airis .
" Airis . Orang panggil ni . Kau tak rindu aku ke ? "
" Apa kau nak Bad ? " dia menjegil mata pada Badrul yang dikenali sebagai Bad di kampung ini . Bad tersengih dan meminta maaf pada gadis cantik itu .
" Alah kau ni ! Itu pun nak emo . Bukan tak biasa pun kan kena kacau macam ni ? Mesti dulu arwah mak kau ajar kau kan nak goda laki macam mana ? Kalau tak... tak adal-- "
" Kamu berdua ni datang nak apa ? Kalau nak datang makan , ambil makanan lepastu pergi duduk kat meja sana . Bukan kacau anak dara orang ni ! Kamu jangan sampai aku buat kamu jadi gulai masak lemak kamu nak ? " Mak Diha berkata garang dengan tangan kiri bercekak pinggang manakala tangan kanan memegang pisau yang digunakan untuk potong timun tadi .
Wajah Bad dan rakannya sudah pucat lesi . Terus sahaja mereka berdua beredar pergi . Risau kalau betul-betul Mak Diha itu nak buatnya jadi gulai masak lemak . Tak ke haru jadinya ?
Sedikit sebanyak hati Seroja Airis terasa . Nampak perubahan wajah itu , Mak Diha terus mengusap bahu gadis berlingkungan 25 tahun itu .
" Jangan ambil hati dengan si Bad tu "
" Tak apalah Mak Diha . Benda dah kebal . Saya dah biasa macam ni dari kecik . Mak Diha layanlah pelanggan biar saya potongkan timun dengan telur rebus tu ye ? " pisau di tangan Mak Diha diambil usai dia melihat beberapa orang masjid muncul di situ . Biasalah port lepak orang-orang lelaki lepas solat subuh berjemaah di masjid .
Mak Diha menghembus nafas kecil melihat sahaja Seroja Airis berlalu ke bahagian belakang untuk menyambung kerjanya tadi . Simpati dia dengan nasib gadis itu .
Satu Kampung Dalam Rantau , Negeri Sembilan ini tahu siapa Seroja Airis . Tidak mahu disebut apa gelarannya . Nanti sendiri yang akan sakit hati meskipun dah bertahun , terasa itu tetap ada sampai sekarang .
════ Qᴀɪᴅꜱᴇʀᴏᴊᴀ ⚘ ════
" Umi... sabar sikit ye ? Nanti dah ada tu Qaid bawalah dia kesini " dari tadi dia cuba menenangkan umi yang bising-bising sahaja mulutnya . Abah sampai dah tak tahu nak kata apa dengan sikap isterinya yang suka memaksa .
" Tahun ni umur Qaid 30 tahun . Nak tunggu abah umi mati baru kamu nak reti berkahwin ke ? Umi abah ni makin tua kamu tahu ? Ke Qaid dah tak suka perempuan ? " tersentak abah dan Qaid dibuatnya dengan tuduhan umi .
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romance04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...