TERNGANGA kecil Seroja dibuatnya tatkala Yara membawa banyak baju yang bergantung hanger lagi ke dalam biliknya . Manis senyuman gadis itu yang mengikat rambut stail half-up bun . Selebih rambutnya yang panjang separas tulang belikat itu dibiarkan lepas .
Cantik dan anggun !
" Baju ni Yara punya tapi bolehlah kalau Seroja nak pakai cumanya mungkin akan labuh sikit pada Seroja " ye akan labuh sebab ketinggian Yara dan dirinya agak sedikit berbeza . Tingginya separas leher gadis itu sahaja .
Haih... kenit betul dia ni ! Nasib tak jadi kenit macam drama TV tu ! Kenit lapar... kenit nak nasi...
Yara mengambil satu persatu baju itu dan dipadankan pada badan Seroja . Rasa tak okay gadis itu akan campak ke tepi . Kalau okay tersenyum lebar Yara .
" Yara rasa baju ni sesuai untuk Seroja " baju long sleeve blouse berwarna coklat itu diberikan pada gadis itu . Gadis itu mengambilnya tanpa sebarang kata . Dipadankan baju itu pada tubuhnya kembali .
" Okaylah ! Cantik ! Yara dah lama tak pakai ni sebab style korea sangat . Nurhan yang belikan . Entah apa taste la laki Yara tu . Macamlah isteri dia ni gegirl sangat " Yara membebel sambil mencari lagi baju yang sesuai untuk Seroja . Gadis itu sekadar menyengih .
Setelah selesai , barulah mereka mengemas kembali pakaian yang patut . Disimpan ke dalam almari milik Yara dan pakaian yang diberikan Seroja dilipas kemas .
" Yara , banyaklah baju ni . Segan Seroja " mereka memang berbual berbahasakan nama sesama sendiri memandangkan Yara tidak mahu Seroja memanggilnya kakak . Beza umur setahun je .
Tambah pula dirinya sendiri memanggil dirinya Seroja dan bukannya Airis seperti sebelum ini . Kenal sahaja Qaid yang memanggilnya Seroja , terlekat terus gelaran yang jarang orang gunakan itu . Namanya klasik dan orang kata namanya terlalu lapuk dan kampung . Sebab itu arwah ibu dan yang lain memanggilnya Airis .
" Alah tak apa ! Seroja ambil jelah . Lagipun ini semua Yara tak pakai lama dah . Buat pekasam dalam almari je buat apa ? Baik bagi Seroja . Yara tak berapa suka sangat outfit keperempuanan ni , not my style ! Kalau pakai pun sebab suami Yara yang suruh "
Yara pamer sengih . Ye , dia kalau dah melekat kerja polis manalah nak melawa bagai ? Lagipun dia tak suka terlalu keperempuanan cara permakaiannya . Kalau keluar rumah tu nampak dia ayu dan cantik tu semua Nurhan yang suruh pakai . Tapi lepas kahwin dengan Nurhan dan adanya Nazmeen , mood nak cantik-cantik tu ada .
Isteri yang taat dia dengar cakap suami , betul tak ?
" Terima kasih Yara "
" My pleasure . Seroja , Yara nak tanya sikit boleh ? "
" Tanya apa tu ? " Yara mengukir senyuman sambil tangan memegang tangan gadis itu . Dia tersenyum kecil sebelum mata yang tidaklah berapa bulat itu ditenung Yara .
" Yara dah dengar segalanya pasal apa yang jadi pada Seroja . Qaid dah cerita pada Nurhan dan Nurhan bagitahu Yara . Bukan nak cakap apa la tapi Seroja tak nak buat report ? Saman makcik dan pakcik Seroja ? Ni kes aniaya tau . Diorang dah jual Seroja semata nak duit "
Seroja diam dan badannya mengeras . Tidak tahu nak merespon apa . Saman Mak Ngah Anisa dan Pak Ngah Zul ? Tak derhaka ke dia sebagai anak buah ?
" Kalau Seroja nak saman diorang , Yara boleh tolong buat report paper esok kat balai "
" Tak payahlah Yara . Seroja tak nak keruhkan keadaan . Nanti satu kampung tahu lagi teruk nanti . Biar jelah mak ngah dan pak ngah tu . Seroja redha " dia bersuara perlahan . Yara memaut bahu Seroja dan diusap lembut .
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romance04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...