CHAPTER 23

1.4K 94 6
                                    

BIBIR Seroja dioles dengan gincu . Teliti benar jurusolek itu menyoleknya . Qamar memerhati untuk memastikan gadis itu disolek dengan cantik .

" Masya Allah... cantiknya Seroja ! " Puan Zahara yang melangkah masuk dan memuji gadis itu . Gadis yang bakal menjadi menantunya sebentar lagi . Seroja pamer senyuman malu . Segan dipuji umi .

Semua berlaku dengan pantas dalam masa tiga minggu sahaja . Sewaktu Qaid menyatakan dia mahu bernikah dengan Seroja , tak banyak kata terus Puan Zahara setuju . Lagipun dia sukakan sikap Seroja .

Dia setuju sahaja jika Qaid suka . Asalkan anaknya itu ada niat mahu berkahwin dengan gadis yang baik budi akhlaknya dan Seroja ada ciri-ciri itu . Dia yakin Seroja akan menjaga Qaid sebaiknya .

Takkan dia tak mahu setuju kalau si teruna sudah berkenan ? Dia dan Qaid sudah ada perjanjian . Jika Qaid menjumpai bakal isteri untuk dinikahinya , dia akan setuju sahaja tanpa bantahan . Itu pilihan Qaid .

Jika tiada , Puan Zahara sendiri yang akan mengahwinkan Qaid dengan mana-mana gadis pilihannya dan lelaki itu tak layak untuk membantah . Termaktub itulah perjanjiannya .

" Umi doakan Seroja bahagia dengan Qaid . Seroja baik orangnya dan umi dah nilai Seroja " gadis itu tersenyum lebar sebelum dia menyalami tangan umi . Dikucup lama . Tiba-tiba sahaja teringatkan arwah ibu .

" Terima kasih umi . Seroja janji dengan umi yang Seroja akan jaga Qaid baik-baik . Ini janji Seroja " diusap kepala Seroja yang sudah dipakaikan selendang putih . Tipis sahaja solekan Seroja namun terlalu cantik gadis itu .

" Umi , macam mana dengan Sha ? Okay ke dia ? " Qamar bertanya usai jurusolek sudah menyudahkan sentuhannya pada wajah Seroja tadi . Ditunggu jurusolek itu berlalu barulah Qamar baru bertanya .

Umi mengeluh dan menjungkit bahu . Sebaik dia memberitahu Shamina tentang hal ini , memang mengamuk gadis itu jadinya . Dicaci maki hamun Puan Zahara tanpa rasa hormat . Makan penampar sulong Qamar jugalah gadis itu .

Siapa suruh biadab dengan umi ? Kan dah pendapat !

" Lepas umi kata Qaid nak kahwin dengan Seroja , terus dah tak jumpa umi . Umi tak kata dia bakal menantu umi pun . Ada syarat umi letakkan pada dia . Cuba ambil hati Qaid dahulu barulah ke peringkat seterusnya . Mungkin dia berharap kot "

Seroja yang duduk di tengah-tengah antara umi dan Qamar sekadar mendengar sahaja . Qamar berdecit sebelum tertawa sinis . Rasa kemenangan berpihak padanya sahaja .

" Baguslah ! Adik tak suka si shamina mina eh eh waka waka eh eh tu ! Umi tak tahu dia biadab dengan adik , tak hormat adik ni sebagai adik kepada Abang Qaid . Dia ingat dia siapa ? " dia melepaskan geram sambil tangan memegang bahu Seroja . Pandangannya dijatuhkan kepada gadis itu .

" Seroja , Seroja jangan risau tau . Seroja je satu-satunya perempuan yang akan kekal jadi isteri Abang Qaid sampai bila-bila . Kak Qamar yakin yang pilihan Abang Qaid tak salah . Kami semua terima Seroja masuk keluarga ni "

" Welcome to our family , sayang " terus umi memeluknya . Qamar juga berbuat perkara yang sama . Menyalurkan kasih sayang pada Seroja .

Seroja terharu . Bagaikan mahu menangis sahaja . Dia merasakan dia adalah manusia yang paling beruntung saat ini . Dia terima Qaid pun kerana dia nampak keikhlasan Qaid .

Lelaki itu memujuknya dan menyatakan butir-butir cinta padanya . Cuba mengayat Seroja dan membuktikan keikhlasannya pada Seroja .

Dan ya... Dia terima !

════ Qᴀɪᴅꜱᴇʀᴏᴊᴀ ⚘ ════

Qaid duduk di dalam kereta . Telefon dilekap pada telinga menunggu si pemanggil menjawab panggilannya . Saat panggilan bersambung , terus bibir mengukirkan senyuman .

QAID BUAT SEROJAWhere stories live. Discover now