CHAPTER 26

1.3K 76 0
                                    

GADIS itu berlari ke dapur saat jam sudah menginjak 11.57 malam . Peti sejuk dibuka dan mengeluarkan satu kotak kek . Dibuka kotak tersebut dan mula memasang lilin .

Qaid yang keluar dari kamar mandi di dalam bilik tidur agak hairan melihat katil masih kosong . Matanya melilau di segenap bilik mencari isterinya .

" Mana pulak dia ni ? Tadi ada " terusan Qaid melangkah keluar dari bilik tidur . Seroja yang terdengar pintu kamar di tempat tingkat atas berbunyi terbuka mula gelabah .

" Cinta ? "

" Kita ada kat bawah ni ! " dengar sahaja isterinya menyahut , terusan Qaid membawa langkah turun ke tingkat bawah . Ruang tamu masih gelap kerana mereka mahu masuk tidur sebenarnya .

" Kenapa tak buka lampu ? Yang turun bawah dalam gelap dah kenapa ? " sempat dia membebel . Apalah yang isterinya ini buat sebenarnya ?

Usai dia tiba di tangga yang terakhir , dia terus menoleh ke arah pintu dapur . Senyumannya melebar melihat isterinya yang berjalan membawa satu biji kek dengan senyuman manis .

" Happy birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to my husband ! Happy birthday to you... Tiup cepat ! " terus Qaid meniup lilin tersebut . Seroja memetik suis lampu yang berada di belakang mereka .

" Happy birthday sayang ! " Qaid mengambil pisau yang dihulur isterinya . Terus dia memotong kek tersebut . Nampak sedap dan mengiurkan sahaja rupanya .

" Terima kasih . Susahkan cinta je . Bila masa beli kek ni ? Tak ada nampak pun "

" Kita order kat jiran depan rumah ni la . Dia kan buat kek . Tapi ini strawberi flavour tau tak tahulah kena ke tak dengan cita rasa awak . Kita tak tahu awak suka kek apa . Lupa pula nak tanya " dia membuat muka comel .

Dia memesan kek ini berpandukan kegemarannya . Strawberi . Dia hantu strawberi . Qaid mencubit manja pipi isterinya dengan senyuman .

" What you like I will like too , cinta . Nah buka mulut " dulang kek itu sudah bertukar tangan . Qaid menyuap kek strawberi yang dipotongnya tadi ke dalam mulut Seroja . Gembira gadis itu bila dapat makan kek strawberi tersebut .

Kesan comot krim berwarna merah jambu di tepi bibir Seroja dikesat dengan ibu jarinya sebelum dimasukkan ke dalam mulut . Terusan Qaid menarik tangan isterinya untuk makan kek ini bersamanya di meja itu .

" Tapi kita tak tahu pun jiran depan ada buat kek " Seroja yang sedang memotong kek itu memandang Qaid dengan kerutan . Lah... kata dah duduk sini lama tapi tak akan tak tahu ?

" Awak tak ramah dengan jiran-jiran sini eh ? " lelaki itu tersengih dan menggeleng . Ye , dia tak terfikir nak berkenalan pun dengan jiran sekitar sini .

" Apalah awak ni . Kera sumbang ! Kita ni dah siap ada whatsapp group dengan orang sini tau " agak kagum Qaid mendengarnya . Biar betul isterinya ini ?

Sedangkan dia whatsapp group dengan orang sini pun tiada . Isterinya ini yang baru-baru duduk di rumahnya ini sudah ada kenalan di kawasan ini .

" Kita sibuk la . Lainlah cinta tu , mulut pot pet pot pet tak henti-henti ! Peramah sangat ! " Seroja mencebik dan menepis tangan Qaid yang mencubit mulutnya yang memuncung itu .

" Biarlah . Awak , kita lupa nak beli hadiah . Nanti kita beli eh untuk awak ? "

" Tak payah . Cinta dah bagi hadiah pada kita dah " Qaid menyuap masuk kek itu ke dalam mulutnya . Sedap juga perasa strawberi ni . Rasanya lepas ni dia akan jadi hantu strawberi macam isterinya .

" Hadiah ? Bila masa kita bagi ? Mana adalah "

" Ini depan mata ni hadiah la . Hadiah kita adalah isteri kita . Hadiah dari Tuhan untuk kita jaga " dipegang rahang isterinya seketika sebelum disuap kek ke dalam mulut Seroja .

QAID BUAT SEROJAWhere stories live. Discover now