TANGAN memegang sudu besi itu sambil mengacau air nescafe yang dibancuh di dalam cawan itu . Pandangannya pula dibuang keluar ke luar tingkap bangunan ini .
Tangan bergerak tapi fikiran menerawang ke tempat lain .
Qaid melangkah masuk ke dalam pantri itu . Dia memandang batang tubuh Seroja yang berdiri statik membelakanginya . Dia meluru ke arah gadis itu .
Lengan baju disinsing ke siku sambil berkerut hairan melihat wajah itu yang termenung jauh . Keruh sahaja wajah itu seakan-akan banyak masalah negara yang membebankan gadis itu .
" Seroja " jeda . Diam .
" Seroja ! Hei ! " Qaid memetik jari di hadapan wajah itu . Terkedip-kedip mata gadis itu sebelum dia menoleh terkejut memandang lelaki tinggi itu dengan pandangan bulat .
" Yang kau ni kenapa ? Tingkap tu dah berlubang dah kau tenung dia macam nak tembus "
" Berlubang ? Mana ? " polos sahaja pertanyaan gadis itu sambil mencari cacat cela tingkap yang dikatakan Qaid itu . Lelaki itu rasa nak hantuk kepala kat dinding .
" Astaghfirullahalazim... Seroja ! Wake up ! Kau tidur lagi ke apa ni ? " sedikit dia menegur gadis itu . Tangan kekarnya disilang ke dada .
Apa la yang lembab sangat gadis ini hari ini pun dia tak tahu . Tingkap tu manalah berlubang kalau ditenung sekalipun ! Haih...
Gadis itu tersengih sebelum wajahnya membahang malu . Sedikit dia memaki diri sendiri kerana tidak peka dengan sekeliling dan terlalu lambat berfikir .
" Encik Qaid ada nak apa-apa ke ? Coffee ? Tea ? " dia mula mengubah topik . Mahu perkara tadi berlalu pergi secepat mungkin . Malu dia kalau difikirkan banyak kali .
" Tea . Nurhan kata kau tak sihat semalam . Dah sihat ? " pertanyaan itu tak ubah seperti seorang yang prihatin . Tapi bagi Seroja itu adalah pertanyaan seorang majikan dan pekerjanya .
Pastilah Qaid bertanya kerana hari-hari lelaki itu memesan minuman untuknya . Pasti lelaki itu tak lengkap hidupnya kalau tak meneguk sedikitpun kaffein . Sudahlah tea lady di aras pejabat hospital ini hanyalah dirinya seorang . Mungkin semalam Susan yang membuatkan minuman untuk Qaid .
" Err... Alhamdulillah dah sihat "
" Kalau sihat tak termenung teruk macam tadi . Kalaupun tak sihat pergi turun bawah jumpa doktor sana " dia memesan dengan suara mendatar . Sekadar senyuman dan anggukkan dia beri .
" Saya buat teh encik dulu " terus dia beredar mencapai cawan dan sudu untuk dibancuh minuman lelaki itu . Nescafe tadi diletak tepi untuk dirinya .
Qaid sekadar memerhati tingkah Seroja yang serba serbi tak kena sahaja hari ini . Bancuh air pun bersepah-sepah tapi dia tak menghamburkan marah . Sekadar diperhati sebelum mengorak langkah untuk ke biliknya .
Dia melabuhkan punggung pada kerusi sambil berfikir sejenak . Berfikir tentang masalah Seroja . Patut atau tidak kalau dia nak bertanya ? Mahukah gadis itu ingin bercerita ?
Beberapa minit Seroja muncul di biliknya . Muk diletakkan di atas meja lelaki itu . Qaid mengambil cawan itu sebelum matanya memandang gadis itu kembali .
" Seroja . This is coffee not tea . Aku minta tea " dia menunjukkan pada Seroja isi air kopi suam itu pada gadis itu . Seroja mengetap bibir menyumpah diri sendiri dalam hati .
" Ya Allah maaf Encik Qaid . Saya buat baru ye ? " terusan sahaja dia mengambil cawan itu namun ditarik kembali Qaid . Lelaki itu merenung mata bundar yang bergetar sahaja dari tadi .
" Sit "
" Huh ? "
" I said sit ! " terusan arahan itu dituruti bila suara itu mendatar . Seroja mengetap bibir memandang takut mata lelaki itu yang memandangnya serius .
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romance04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...