MATA wanita yang merupakan ibu kepada Alvies itu menilai Seroja dari atas kebawah . Gadis itu sekadar menguntum senyuman meskipun hati sudah rasa gugup dengan pandangan itu .
Bukan wanita itu sahaja . Malahan keluarganya yang lain . Seakan dilihat Seroja ini baru lepas membuat satu kesalahan besar .
Di situ adanya seorang lelaki yang merupakan ayah kepada Alvies sedang duduk di kerusi roda . Entah kenapa kerana dia tidak tahu kondisi kesihatan lelaki itu . Ada juga abang dan adik perempuan Alvies di sini .
" Come ti chiami ? ( what is your name ? ) " wanita itu bertanya dalam bahasa ibundanya . Terkedip-kedip gadis itu bila satu patah haram pun dia tak faham .
" Non capisce la nostra lingua ( She does not understand our language ) " Alvies membalas kata-kata wanita itu penuh dengan sopan .
Lelaki itu mengoyak senyum pada Seroja sebelum bahu gadis itu dirangkul . Agak terkejut juga gadis itu namun dikawal riak wajahnya .
" Madre , this is my girlfriend . You can call her Airis . Airis , ini keluarga saya " Seroja menundukkan sedikit kepala tanda hormat .
" This is my padre , Aldo . My madre , Donna . My brother , Alfredo and this is my younger sister , Dahna . Adik saya muda setahun daripada awak " Seroja mengangguk faham . Matanya dan Dahna yang sedang mengunyah gula-gula getah itu bersabung .
Kerek sahaja wajahnya sebelum gadis itu bangun mendekati Seroja . Dia meneliti gadis yang pendek sedikit darinya . Sudah tentulah Seroja pendek . Dia ini halus orangnya .
" Dahna... " suara Alfredo memecah sunyi sambil memandang cara adik perempuannya memandang Seroja . Gadis itu berdecit malas mahu melayan abang sulongnya . Terus tangan dihulur untuk berjabat dengan Seroja .
" Nice to meet you " dia mengukirkan senyuman pada Seroja . Bila Dahna tersenyum barulah gadis itu lega dan menyambut huluran tangan itu .
Mungkin tadi Dahna sengaja bergurau dengannya . Tengok sahajalah Dahna sudah menariknya untuk duduk di atas sofa . Segan Seroja dibuatnya .
" Ho preparato prima la cena ( I prepared a dinner first ) " Puan Donna bersuara dan meminta diri untuk ke dapur . Alvies sekadar mengangguk dan mengambil tempat di sisi abangnya .
Mata Seroja memandang Encik Aldo yang diam tidak berkutik memandangnya dan memandang yang lain . Lelaki itu seakan keliru dan tertanya tentang keberadaan dirinya . Wajah itu sikit pun tidak ada senyuman seperti mana Puan Donna . Dah tak reti senyum agaknya kot ?
" Dolcezza , ayah saya ni dia tak boleh bercakap dan dia tak boleh nak mendengar " seakan dapat meneka sahaja apa yang bermain di fikiran gadis itu . Seroja agak tergamam sebelum dia mengangguk faham .
" Abang saya ni , dia boleh cakap melayu kalau awak nak tahu "
" Hi Airis . Apa khabar ? " lancar Alfredo berkata dengan ramah . Terus melebar senyuman Seroja . Hilang sikit rasa canggung bila Alfredo dan Dahna ramah dengannya .
Tadi masing-masing memandangnya macam nak menghukum . Ke sebab Puan Donna dah beredar baru mereka rasa nak beramah ? Entahlah !
" Alhamdulillah , sihat "
" Are you muslim ? " Dahna bertanya bila mendengar perkataan ' Alhamdulillah ' itu tadi . Lambat-lambat Seroja mengangguk . Terus berubah air muka Dahna memandang Alfredo sebelum jatuh pada wajah Alvies .
Lelaki itu menelan liur perit . Nampak tekak itu bergerak menelan seakan banyak sekali air liur yang terkumpul . Dia pamer senyuman pada Seroja cuba menutup rasa gelisah .
Dia yang memang polos orangnya sekadar senyum sahaja . Tak dia perasan suasana mereka tiga beradik sekarang .
════ Qᴀɪᴅꜱᴇʀᴏᴊᴀ ⚘ ════

ANDA SEDANG MEMBACA
QAID BUAT SEROJA
Romance04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...