SAAT dia memusingkan tubuh , alangkah terkejutnya hampir sahaja wajahnya itu berlaga dengan satu jambak bunga ros merah . Tidak dapat dia lihat siapa si pemberi memandangkan jambakan ini besar baginya .
Alvies menurunkan jambakan itu . Terkejut Seroja dibuatnya saat melihat wajah lelaki itu yang dia tersangatlah rindu . Alvies pamer senyuman buat si gadis .
" Hi dolcezza . How are you ? Sihat ? "
" Awak... " dia mencebik bila mendengar suara garau itu yang baru sahaja pulang daripada Itali . Terasa berabad dia tidak mendengar suara itu sedangkan dia tidak bertemu dan bercakap dengan lelaki ini sudah lima hari .
Alvies tertawa sebelum dia mengusap pipi Seroja . Digerakkan ibu jari menyentuh wajah yang tersangatlah dia rindui . Bunga bertukar tangan dan tanpa segan Seroja mengambilnya .
" Rindu tak ? "
" Mestilah rindu ! "
" Saya nak minta maaf . Saya tak sepatutnya cakap macam tu pada awak , Airis " dia menghela nafas kesal . Seroja tersenyum kecil dan mengangguk .
Terlihat sinar kemaafan Alvies . Dia tahu pasti lelaki ini tidak sengaja . Dia tak akan nak terusan menghukum Alvies kan ? Lagipun lelaki itu sudah meminta maaf padanya .
" Saya maafkan awak . Eish ! Rindulah saya kat awak ni ! " Seroja kalau boleh nak sahaja memeluk Alvies melepaskan segala rindu tapi dia tahu batasnya .
Itu pun kadang tak terjaga . Apa nak jadilah dia ni ?
" My girl always cute ! Saya pun rindu awak , dolcezza " mereka bertentang mata di dalam pantri ini . Tidak sedar langsung dengan kewujudan Qaid di muka pintu .
" Dah berbaik ? " dia berdehem kecil sebelum melangkah masuk . Terus mereka berdua memandang lelaki itu yang melangkah ke arah mereka . Alvies sudah tersengih malah Seroja sudah merah wajahnya .
Qaid berjabat tangan dengan Alvies . Mata lelaki itu jatuh memandang tangan Alvies yang sedikit bertampal plaster luka . Berkerut dahi dibuatnya .
" Tangan kau ni kenapa ? " Alvies yang sedar menarik tangannya jauh . Seroja sudah mencari tangan itu juga namun lebih pantas lelaki itu menyorokkannya .
" Terlebih tumbuk punching bag . Sikit je " Qaid mengangguk faham . Bahu sahabatnya itu ditepuk seketika sebelum satu keluhan dia memandang Seroja .
Wajah itu ceria bila Alvies ada di sini . Dia agak sedikit sakit hatinya namun dipendam sendiri . Ingatkan hubungan Seroja dan Alvies sudah karam kapalnya .
Nampaknya masih sibuk nak belabuh .
" Aku nak sambung buat kerja dulu " dia pamer senyuman pada Alvies sebelum berlalu pergi dengan hati yang berat .
Ditujui kaki ke biliknya . Pintu ditutup dan punggung dilabuh ke kerusi . Keluhan dilepaskan sebelum telefon pintarnya diambil . Nombor Seroja dicari sebelum tangan lincah menghantar pesanan mesej .
Kau keluarlah dengan Alv masa lunch nanti . Lupakan je aku ajak kau makan tadi . Have fun , Seroja - Qaid
════ Qᴀɪᴅꜱᴇʀᴏᴊᴀ ⚘ ════
Pintu biliknya diketuk dipandang seketika . Bila dia membenarkan masuk , terpacul Nurhan di situ . Lelaki itu masuk dan melangkah ke arah mejanya .
" Kau tak nak lunch ke ? Ada Alv dengan Seroja sekali " dengar sahaja dua nama itu , dengan perlahan dia menggeleng menolak .
" Aku tak berapa sihat sikit . Tak ada selera nak makan . Tak apalah kau pergilah "
" Lah kau tak sihat ? Tadi pagi elok je " tidak dia jawab soalan sangkal Nurhan yang sedang memandangnya semacam . Wajah sengaja pamer dengan kerutan kononnya sedang menahan sakit .
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romance04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...