SEROJA melangkah turun ke ruangan dapur usai tiba di rumah Mak Diha . Ramai pula orang berkerumun sedang melakukan kerja-kerja memasak .
" Eh ! Pengantin baru ! " dia pamer senyuman pada semua yang memandangnya . Naik segan bila dapur besar itu dipenuhi makcik-makcik yang merupakan geng membawang Mak Diha di kampung ini .
" Asalamualaikum " Seroja menyalami semua yang ada di situ . Tidak dia sangka ramai yang melayaninya baik seakan dia ini orang ternama sahaja .
Bukan macam sebelum ini . Dihina dikutuk gara-gara anak luar nikah . Ada sahaja makcik-makcik yang berada di sini mengutuknya dahulu kini sungguh ramah dengannya .
Ada yang tak kena ke tiba-tiba semua baik belaka dengannya ?
" Cantiknya kamu ni ! "
" Mana tak cantik kalau suami jaga elok ! Suami dia doktor kaya kat KL tau ! " Seroja sudah dapat mengagak kenapa semua baik dengannya .
Qaid . Suaminya itulah puncanya . Lupa pula makcik-makcik disini majoriti mata duitan . Mungkin berbaik dengannya dapat satu banglo tak ? Ke suaminya ini ada buat manifesto nak bantu orang kampung yang susah ?
Entah . Suaminya itu pemurah orangnya . Ada sebelum kahwin lelaki itu membantu Mak Diha untuk membaiki warung yang musnah dilanda ribut . Majoriti kos baik pulih daripada suaminya .
Bertambah elok dan cantik warung wanita itu dibuatnya . Manalah Mak Diha tak sayang Qaid ?
" Mak Diha . Airis nak tolong "
" Eh ! Tak payah ! Kamu duduk aje tak payah buat apa-apa . Ini aku nak buat kenduri doa selamat untuk kamu dengan laki kamu tu . Kamu kan dah kahwin kenalah raikan "
Wanita itu sendiri yang membuat cadangan mahu membuat kenduri doa selamat untuknya dan Qaid . Disuruh Qaid agar tinggal seminggu di kampung ini lama sedikit . Tak semua tahu Seroja sudah berkahwin katanya .
Bila dah wanita tua itu berkata begitu , Qaid terus setuju setelah mendapat keizinan Nurhan . Lelaki itu pun akan hadir ke sini nanti bersama Yara dan Nazmeen memandangkan majlis itu pada malam ini . Mereka menginap satu homestay bersama Seroja dan Qaid memandangkan banyak lagi bilik kosong .
" Alah... takkan Airis tak tolong apa-apa ? "
" Tak payah... kamu ni orang yang dirai . Sepatutnya kamu tak payah datang kesini . Duduk sahajalah dekat homestay sana tu luangkan masa dengan laki kamu "
" Tapi Qaid pun dah menolong pasang khemah kat luar sana tu . Dia pun kata nak tolong " Seroja tersengih . Mak Diha menggeleng kecil .
Dipujuk-pujuk pun tak jalan , akhirnya Seroja dihalau keluar dari dapur . Dia melangkah keluar dari rumah dengan wajah cemberut . Kaki dihayun mendapatkan suaminya yang sedang berbual dengan beberapa orang kampung di situ .
" Awak " Qaid ukirkan senyuman saat isterinya mendekat . Seorang pakcik yang dia kenali orang masjid ini dia ukir senyum dan menunduk hormat tanda menyapa .
" Selamat pengantin baru , Airis . Terkejut juga aku bila dengar kamu dah kahwin . Si Diha tu yang canang satu kampung haritu " Seroja sengih . Sudah dia agak . Senang digunakan sahaja Mak Diha ini memberitahu orang kampung . Tak payah nak post kat sosial media .
" Terima kasih Pak Akob . Pak Akob sihat ? " ye Pak Akob . Anak daranya adalah Dayana yang mempunyai hubungan dengan pak ngahnya . Entah masih berhubungan atau tidak dia tak tahu .
Hubungan Pak Ngah Zul dan Mak Ngah Anisa kejap baik kejap tidak . Seroja masih bersyukur yang lelaki itu tidak menceraikan mak ngah lagi .
" Sihat Alhamdulillah . Aku nak minta maaf pasal Dayana tu yang ada hubungan dengan pakcik kamu tu . Haih... aku tak tahulah nak kata apa . Sudah aku suruh mereka tu putus ! " Pak Akob berkata penuh emosi . Seroja tersenyum tipis .
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romansa04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...