CHAPTER 18

1.6K 90 0
                                    

JUMAAT . Seroja meletakkan beg di dalam bonet kereta Bentley milik Qaid . Lelaki itu memerhati sahaja wajah muram gadis itu yang langsung tak tersenyum .

" Tahu tak punca kenapa sempit rezeki ? " berkerut seribu dahi Seroja sebelum memandang wajah kacak itu . Pagi-pagi dah buka usul tazkirah ke ?

" Tak tahu . Apa dia ? " Seroja sekadar melayan .

" Muka seseorang tu masam . Tak ada sikitpun muka tersenyum dan bersemangat bila pagi-pagi . Macam kau . Macam manalah rezeki nak masuk ? " gadis itu merengus kecil sebelum jelingan dihadiahkan pada Qaid .

Dia berani jeling kerana sekarang mereka bukan di tempat kerja . Mereka hanya kenalan biasa dan bukannya seorang bos dan tea lady .

" Dah jom gerak " terusan bonet kereta ditutup . Mereka berdua meloloskan diri ke dalam kereta . Kereta mula bergerak menyusuri jalan .

Seroja membuka ikatan plastik merah yang berada di tangannya . Karipap dikeluarkan dan dihulur pada Qaid . Laju terus kepala itu menoleh saat rongga hidung menangkap aroma karipap itu .

" Awak nak ? "

" Kau buat ke ? " tangan terus mengambil karipap itu . Seroja mengangguk tanpa sedikit pun senyuman . Terusan sahaja karipap itu masuk ke dalam mulut .

Qaid mula kecur liur dengan karipap ayam tersebut . Makan sekali nak lagi . Kejap-kejap dia jeling plastik merah itu jikalau ada lagi ke tidak karipap yang dibuat oleh Seroja .

Dia memandang gadis itu yang mengunyah karipap tidak berperasaan . Seakan dia bawa jasad tapi roh tinggal di rumah sahaja Seroja ini .

" Seroja " dia menoleh . Qaid menghembus nafas perlahan sambil tangan selamba mengambil karipap di dalam plastik itu . 

" Alv pergi Itali berapa lama ? "

" Alvies pergi Itali ? " berkerut seribu dia mendengar nada suara itu . Aik ? Boyfriend sendiri pergi mana pun tak tahu ke ? Kata sayang menyayangi .
  
" Lah tak tahu ke ? Dia gerak semalam tapi tak cakap pun balik bila . Nak hantar family dia dan ada kerja sikit kat sana . Takkan kau tak tahu ? " gadis itu menggeleng kecil .

Mereka tidak berhubung sudah tiga hari . Lelaki itu yang selalu mencarinya tidak lagi mencarinya seperti sebelum ini . Tanya khabar pun tidak .

Sedar hanya angguk geleng sahaja yang diberikan gadis itu ,  Qaid terus melajukan deruan kereta . Membulat mata Seroja bila dirasakan kelajuan kereta makin bertambah-tambah .

" Qaid ! Kenapa bawak laju-laju ni ? " wajah lelaki itu serius . Selok belok kereta lelaki itu lakukan untuk mengelak kenderaan lain . Nasib sahajalah tak berapa banyak kereta di atas jalan raya ini .

" Qaid ! Slow la ! Awak nak kita mati ke ?! " menjerit Seroja marah kepada lelaki itu . Wajah Qaid yang selamba tidak sedikit pun terkesan dengan apa yang dia lakukan dipandang .

Dua lampu isyarat dilanggarnya dan setelah itu dia membawa kereta dengan kelajuan yang normal . Sempat jugalah dia mengira berapa ringgit saman yang dia perlu bayar nanti .

Naik turun dada Seroja disebabkan berdebar punya hal . Pandangan maut dilemparkan pada lelaki itu yang sikit pun tak rasa bersalah .

" Awak nak mati awal ke ?! " dia menengking lelaki itu garang .

"Lah... ada pun suara ? Ingatkan dah memang bisu tadi . Aku tak suka bila aku bertanya jawapan kau angguk geleng . Ada mulut guna ! " dilampiaskan marahnya pada gadis itu kembali . Tak Seroja takut malah mencerun tajam lagi memandang lelaki itu .

Ingat dia lelaki bolehlah nak suka-suka marah perempuan macam dia ? Mentang-mentanglah dia jenis mengalah je sebelum ni . Amboi... banyak hensem muka dia !

QAID BUAT SEROJAWhere stories live. Discover now