MEREKA berdua bersarapan pagi di warung Mak Diha . Terpaksalah mereka berdua ikut sekali wanita itu keluar berniaga . Takkan nak tinggal berdua dalam rumah pula kan ?
Orang kampung pandang tak manis nanti !
" Sedap betullah nasi lemak Mak Diha ni ! Nak satu lagi boleh ? " dengan muka tak malu dia meminta satu lagi bungkus . Tersipu malu Mak Diha bila Qaid memuji .
" Untuk kamu boleh aje ! "
Tak banyak kata dihulurkan sahaja satu lagi bungkus nasi lemak daun pisang yang masih berada di dalam raga kepada lelaki itu . Tanpa segan Qaid mengambilnya .
Seroja sudah menggeleng melihat perangai tak semenggah Qaid . Dia ni nak minta sebungkus lagi pun segan lelaki ini selamba badak macam ini warung mak dia yang punya .
" Dekat KL tak jumpa ke nasi lemak ? Rosebud Cafe awak tu pun ada kan ? "
" Tak rasa macam ni . Yang ni pior kampung ! Dekat Rosebud Cafe tu ala bandar je . Resepi aku jugak ! Yang kampung ni sumpah tak boleh lawan " dia membuka dengan senyuman . Diteguk seketika kopi hitam itu .
Seroja menongkat dagu memandang sahaja Qaid yang tersangatlah berselera . Macam ni la kot budak bandar bila masuk kampung . Masa dia di bandar pun macam ni juga dia .
Bahasa kasarnya batak ! Haa macam tulah .
" Awak minum eh kopi kampung ? Selalukan awak minum latte , americano , espresso . Haa apa lagi ? Tak kempunan awak nak minum kopi tu semua eh ? "
" Aku tak cerewet kopi . Kampung ke bandar ke aku bedal je . Tapi aku nak minum espresso . Ini serious ! " muka kempunan ditayangkan . Seroja tertawa dan menggeleng .
Sudah dia agak . Satu perangai Qaid adalah seorang yang terlampau obses dengan kopi . Di hospital bahagian pantri yang selalu dia bekerja mempunyai satu mesin khas kopi . Nurhan kata , itu Qaid yang beli sendiri . Mudah katanya kalau nak kopi .
Semasa dia duduk di rumah lelaki itu pun sama ada mesin tersebut termasuklah di rumah Nurhan . Memang itu semua milik Qaid . Di rumah Nurhan dan Yara itu pun Nurhan sendiri terpaksa beli semasa zaman dia masih bujang dahulu . Qaid kerap kali datang ke rumahnya .
" Pukul berapa kita nak gerak balik ? "
" Saya ikut awak . Lepas jumpa mak ngah and melawat kubur arwah ibu dulu sempat kan ? "
" Sempat je . Take your time , Seroja " Qaid menyudahkan makanannya . Kopi dihirup lagi sehingga licin . Seroja merenung sahaja lelaki itu .Tiap kali Qaid memanggilnya Seroja , tiap kali itu dia rasa suka . Setiap kali Qaid bercakap mesti ada nama pertamanya itu . Lelaki inilah lelaki pertama yang kekal memanggilnya Seroja dan diikuti yang lain di Kuala Lumpur .
" Aku nak mandi air terjun la . Jom ? Tapi bawak kereta la " terhenti lamunan Seroja yang menatap wajah Qaid . Nasiblah lelaki itu tidak sedar kalau tidak malu dia nanti .
" Boleh je "" Orait ! Daim ! Jom ikut abang mandi air terjun ! " dilaung nama budak lelaki itu yang sibuk bermain telefon milik Mak Diha . Terus tersenyum budak lelaki itu sebelum memandang wajah emaknya .
" Pergilah . Kamu dengar cakap abang dengan kakak tu ! Jangan nakal-nakal ! "" Baik mak ! "
════ Qᴀɪᴅꜱᴇʀᴏᴊᴀ ⚘ ════
" 15... 16... 17... 18...19.. " Qaid terus mengeluarkan kepalanya yang terendam di dalam air pantas . Nafas dicari dan wajah yang basah diusap dengan tangannya .
" Yeay ! Daim menang ! " Seroja jerit ceria dan sejurus itu Daim mengeluarkan kepala dari dalam air . Bersorak gembira anak muda itu sebelum memandang Qaid bangga .
![](https://img.wattpad.com/cover/322756847-288-k425762.jpg)
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romansa04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...