MEREKA berdua melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Al-Qassam . Serentak sekali tiba bersama Qamar dan suaminya . Macam biasa , disalami tangan kedua ibu bapa dahulu tanda hormat .
" Umi " saat Seroja mahu menyalami tangan Puan Zahara , acuh tak acuh sahaja wanita itu memberikan tangannya dan itu membuatkan Seroja terdiam .
Matanya memandang wajah Puan Zahara yang memandangnya dengan pandangan tersangatlah meluat . Dia menjeling Seroja sebelum berjalan mendapatkan suaminya .
Qaid menarik tangannya untuk duduk di sofa . Tidak sedar langsung lelaki itu dengan perubahan wajah Seroja . Mata Seroja bertembung seketika dengan mata umi namun wanita itu tetap memandangnya tidak berpuas hati .
Apa yang jadi ? Dia tak faham .
" Kenapa umi panggil kitaorang untuk kumpul harini ? " Qamar bertanya sambil perbetulkan rambutnya yang panjang mengurai .
Tidak menyempat betul Puan Zahara sudah menghantar pesanan mesej di group whatsapp keluarga Al-Qassam selepas subuh untuk menyuruh mereka adik beradik datang ke rumah abah mereka untuk berkumpul pada tengah hari ini .
" Haah . Kenapa umi ? Nasiblah Qaid cuti harini "
" Umi kamu ni rindu sangat dengan anak menantu dia . Kan kamu semua dah lama tak balik sini " Encik Al-Qassam mencelah . Dia pamer senyuman buat anak dan menantunya .
Mereka semua memandang Puan Zahara yang masih duduk menyilang tangan ke dada merenung Seroja tidak berpuas hati . Gadis itu mengetap bibir takut sebelum kepala menunduk menekur kaki sendiri .
Sedar akan kelakuan umi , Qaid memeluk bahu isterinya erat . Dia mula sedar dengan renungan yang semacam itu pada isterinya . Renungan benci .
" Umi ? "
" Umi nak kamu jujur dengan umi . Kamu berdua ! " frekuensi suara itu mula meninggi . Terkejut Encik Al-Qassam , Qamar dan Aiman .
Qaid sudah naik pening dengan angin tak baik Puan Zahara yang tiba-tiba nak naik angin . Sudah disuruh kumpul untuk melampiaskan marah ke ?
" Ya Allah apa awak ni Zahara ? Yang nak marah-marah ni kenapa ? "
" Abang diam ! Anak abang ni dengan menantu kesayangan abang ni ada sorok sesuatu dari kita ! Qaid sanggup kan buat umi abah macam ni ? Hei perempuan ! Kau pandang aku sekarang ! "
" Astaghfirullahalazim umi... " terusan Qamar bangun dari duduknya untuk menenangkan umi . Dipegang tangan Puan Zahara dan diusap lembut .
Seroja sudah takut dan mengangkat wajah memandang Puan Zahara . Fikirannya keliru . Apa yang dia buat sampaikan umi benci padanya hari ini ?
" Apa umi ni ? Apa yang buat umi marah pada Qaid ? Pada Seroja ? Apa kami sorok pada umi ? " Qaid masih cuba bersabar . Dia tetap memeluk pinggang isterinya dan diusap lembut pinggang itu .
Dia tahu isterinya ini takut mahu bertentang mata dengan uminya . Sesiapa pun akan takut nak lawan pandangan umi tapi bukan dirinya jika dia tidak tahu kebenaran apa yang buatkan umi benci pada isterinya sekarang .
" Qaid jumpa perempuan ni kat club kan ?! Bagitahu umi ! " berubah terus air muka Qaid dan Seroja . Agak terkejut mereka bila perkara lama itu sampai ke pengetahuan umi .
Wajah yang lain mula berubah dan memandang mereka seakan tidak percaya . Baik abah baik adiknya Qamarina . Tidak percaya dengan kenyataan itu .
" Betul ke Qaid ? Qaid jumpa Seroja kat club ? " abah yang jenis tenang dahulu orangnya bertanya . Lelaki itu tak akan melampiaskan marahnya jika tidak tahu pangkal kebenaran terlebih dahulu .
![](https://img.wattpad.com/cover/322756847-288-k425762.jpg)
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romance04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...