CHAPTER 01

3.1K 137 1
                                        

PANG ! Pipinya ditampar kuat bila dia sudah selesai habis menjawab dengan penuh rasa biadab . Wanita lingkungan lebih muda dua tahun daripada arwah ibu itu menahan rasa marah dan mencerlungnya tajam .

" Biadab ! Kau jangan nak tunjuk besar kepala sangat , Airis ! "

" Apa ?! Airis buat apa ?! Apa yang Airis cakap semuanya betul ! Suami yang mak ngah agungkan sangat ni ada niat tak baik dia nak buat pada Airis ! Takkan Airis nak diam ?! "

" Kau jangan nak fitnah aku la tak guna ! " lelaki yang digelarnya Pak Ngah Zul itu memandangnya tajam . Airis tidak peduli langsung dengan pandangan amaran itu .

Dia kembali memandang Mak Ngah Anisa . Satu-satunya wanita yang terlalu arwah ibu percaya . Ibu mempunyai tiga adik beradik dan ibu adalah anak yang pertama .

Ibu sudah meninggal dunia akibat kanser payudara yang dihidapinya tiga bulan lalu . Ayah ? Dari kecil lagi dia tidak mempunyai ayah . Ayahnya siapa pun dia tidak tahu . Adik ibu pula , Pak Usu bekerja di luar negara dan membina keluarga di sana . Pak Usu juga percayakan Mak Ngah Anisa agar dapat menjaganya .

" Apa bukti suami aku ni nak buat benda tak elok pada kau ? " Airis termati kata . Ye , soal itu memang dia tiada bukti . Pak Ngah Zul akan cuba mengambil kesempatan setiap kali Mak Ngah Anisa tiada . Bukan sekali lelaki jahanam itu cuba untuk memperkosanya .

" Tak ada kan ? Kau jangan bawa perangai sampah ibu kau kat sinilah ! Kau dengan dia dua kali lima sama sahaja . Murah tetap murah ! Pelacur tetap pelacur ! "

" Apa dosa ibu pada mak ngah ? Huh ?! Sebelum dia meninggal dia baik dengan mak ngah . Berbakti pada mak ngah ! Mak ngah kenapa berubah lepas ibu dah tak ada... " suara Seroja Airis bergetar lebih kepada separuh merayu . Merayu agar Mak Ngah Anisa berhenti memperlakukannya sebegini rupa .

Mak Ngah Anisa yang dikenalinya adalah seorang yang penyayang pada pandangan mata Seroja Airis . Namun itu semua hanyalah wayang . Wayang pada mata ibu . Kesian ibu diperbodohkan oleh adik sebegini .

Air matanya mula menitis . Hatinya seakan di robek-robek ! Fikirannya tertekan dengan semua ini . Dulu hidupnya bahagia bila ada ibu . Tapi sekarang ? Musnah !

" Sudahlah Airis . Baik kau keluar kau kerja pergi cari duit . Dah dapat bagi aku . Kau kena ingat , aku yang jaga kau tau ? Dah ! Pergi ! " Seroja Airis terus membawa diri untuk ke kamarnya . Pintu ditutup dan dengan perlahan tubuhnya jatuh perlahan sehingga dia duduk bersimpuh di belakang pintu .

Mulut ditekup menghambur tangis . Dia mahu melawan tapi dia dah janji pada ibu untuk menghormati Mak Ngah Anisa tidak kiralah apa pun .

Dia tahu dimana darjatnya pada mata Mak Ngah . Dia anak hasil haram luar nikah ibu . Tapi ibu bukannya sengaja . Ibu mangsa . Ibu orang yang baik dimatanya .

Tapi kenapa semua orang memandang serong ibu ? Dari ibu hidup sehinggalah ibu dah pejamkan mata , orang tak akan habis bercakap buruk tentang ibu . Kalau ibu seorang yang jahat , dia tiada di sini . Sudah mati dibunuh ibu sejak dalam rahim lagi .

Tempiasnya pada Seroja sekali . Dia menekup telinga saat terngiang suara-suara jahat yang menghinanya . Hatinya pedih . Terlalu pedih !

Kau anak haram !

Mak kau tu pelacur !

Kau dengan mak kau tak patut ada kat kampung ni ! Elok mati !

" Ibu... " Seroja merintih sedih . Dia rindukan ibu . Bertambah rasa bersalahnya pada ibu kerana tidak dapat nak menutup mulut-mulut jahat manusia di kampung ini .

════ Qᴀɪᴅꜱᴇʀᴏᴊᴀ ⚘ ════

Meja dilap bersih usai pelanggan pergi meninggalkan warung tersebut . Pinggan yang sudah disusun diangkat dan dibawa ke belakang untuk dicuci . Lengan baju panjangnya disinsing sehingga ke siku .

QAID BUAT SEROJATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang