CHAPTER 05

2K 116 3
                                    

DUIT RM 30 ribu bertukar tangan dan itu membuatkan Seroja Airis mahu menangis . Sakit hatinya bila dirinya ini dijadikan barang lelongan . Maruah dipijak-pijak seakan dia ini memang jijik di mata semua orang .

" Dah ! Ambil barang kau . Kita balik " terhinjut bahu Seroja Airis bila tiba-tiba sahaja Qaid muncul di hadapannya . Lambat-lambat gadis itu turuti .

Beg diambil di dalam biliknya . Keluar sahaja dari bilik tersebut , batang hidungnya sudah mencium dada bidang lelaki itu . Teguk liur dia dibuatnya memandang mata yang merenungnya seakan menempah maut .

" Dah selesa sangat ke pakai baju ahli neraka macam ni ? Tak reti nak tukar ? " sinis sahaja sindirannya . Seroja Airis terus menundukkan pandangan memandang pakaian yang separuh telanjang ini masih melekap pada tubuhnya .

Fikirannya bercelaru sampaikan tak sedar dengan keadaan diri sendiri . Tanpa banyak kata , dia melangkah masuk ke dalam bilik itu untuk menukar pakaian yang lebih sopan .

Langkah dibawa keluar dari perkarangan kelab malam itu . Seroja Airis mengetap bibir dan berjalan dengan mata menekur tanah . Sedang berfikir apa lepasni nasibnya pula ?

Hampir sahaja dia melanggar belakang tubuh Qaid . Dia mendongak memandang lelaki itu yang kini sudah memusingkan tubuh memandangnya .

Qaid berdecit sinis lepas sedar apa yang dia sedang lakukan kini . Ini semua salah Alvies . Siaplah ! Memang tak bernyawa dia kerjakan lelaki itu nanti .

" Apa nama penuh kau ? "

" Huh ? " terpinga Seroja Airis dibuatnya . Qaid mengetap bibir geram . Besar kecil sahaja dia memandang Seroja Airis yang memang dah kecil orangnya .

" Kau ni pekak ke apa ? Ke dah jadi bengong duduk dalam club ni ? Aku tanya... apa nama penuh kau ? Soalan simple pun tak boleh nak jawab ! "

" Seroja Airis " menggeletar pula Seroja Airis bila dia melihat mata itu merenungnya tajam . Marah betul Qaid padanya . Ke lelaki ini memang jenis angin monsun asyik melanda sahaja ?

Qaid memicit pelipis dahinya sebelum dia tertawa pasrah . Pasrah dengan situasi sekarang ini . Lagi pasrah dia kenal siapa gadis ini . Dia belum hilang ingatan lagi nak lupa .

Seroja Airis agak pelik dengan reaksi lelaki itu . Aik ? Macam pasrah sangat ni kenapa ? Menyesal beli aku ke ? Ke nama aku ni terlalu lapuk bila di dengar ? Pertanyaan itu semuanya bermain di dalam fikirannya sendiri .

" Ke...napa ? "

" Kenapa kau tanya ? Budak , Are you dont remember me ? Muka ni dah tak ingat ? " jarinya berpusing pada wajahnya . Serius dia merenung Seroja Airis cuba memastikan gadis itu mengingati wajahnya .

Lama Seroja Airis merenung wajah itu . Otaknya kini cuba mencari fail-fail berkaitan wajah itu di benak fikirannya . Bila dah jumpa fail yang betul , gadis itu menekup mulutnya dan beg baju di tangan terjatuh ke tanah .

" Pakcik ? Pakcik kan ? " Qaid mengigit bibir bawahnya dan mengangguk sahaja . Masih segar ingatannya dengan gelaran gadis itu pada permulaan pertemuan mereka . Tangan disilang ke dada dengan wajah yang pasrah .

" Yes ! Strawberry milk thief ! " Seroja Airis menjeling lelaki itu . Rambutnya diselitkan kebelakang telinga sebelum tangan mengambil kembali beg yang terjatuh tadi .

" Jom pergi kereta sebelum ada orang datang kat aku nak beli kau pula " dia terus melangkah ke arah kereta honda baru miliknya . Seroja Airis sekadar mengikuti langkah lelaki itu sahaja .

Kedua-dua mereka meloloskan diri ke dalam perut kereta tersebut . Enjin dihidupkan Qaid sebelum dia menghembus nafas perlahan . Telefon dikeluarkan dan dia menghantar pesanan suara pada Alvise .

QAID BUAT SEROJAWhere stories live. Discover now