DIA menyapu di halaman rumah sebaik sahaja menyudahkan kerja mengemas di dalam rumah umi . Peluh renik diseka dengan tangannya .
Matanya tertala pada pagar rumah yang berbunyi . Kelihatan Shamina datang membuka pagar kecil itu tanpa memberi salam langsung .
Adab kat kaki ke ?
" Ouh kau ada eh kat sini ? "
Gadis itu yang mengenakan pakaian serba biru laut separas lutut itu menghala ke arahnya . Dia memandang Seroja dari atas ke bawah dengan pandangan jijik .
Seroja menghela nafas sebelum menjeling Shamina . Apa lagi la perempuan ini mahu ? Dia malas betullah nak bergaduh .
" Umi mana ? "
" Ada kat dalam dengan abah . Ada apa datang ? " Shamina tertawa sinis dengan tangan disilang ke dada .
" Ada apa kau tanya ? Sah-sah la nak jumpa mother in law aku ! Aku kan bakal isteri Megat Qaid "
" Memang kerja awak ni berangan sampai bulan ke ? Tiap malam tidur tak masuk ke angan-angan yang tak nyata tu dalam mimpi ? " laju Seroja membidas sambil mengenggam kuat batang penyapu .
Kalau di rumah ini hanya ada dia dan Shamina dah lama gadis tinggi di hadapannya ini kena perambat penyapu . Tak kesudah nak suami orang dah kenapa ?
Shamina mendengus geram merenung mata Seroja yang berani membalas renungannya . Makin berani pula ye gadis genit ini sekarang ?
" Kau ni memang tak sedar diri kan ? Kau kena ingat tau Qaid tu kutip kau je dari kelab malam tu "
" Hm sedar . Saya sedar sangat ! Tapi tulah dia kutip saya tahu tahu jadi isteri pula tu . Siap mengandung pula sekarang . Haish... untung tau jadi isteri Qaid " dia pamer wajah kebahagiaan sengaja mahu menyakitkan hati Shamina .
" Awak nak tahu ? Tiap malam Qaid tu nak peluk , nak kiss , nak cuddle 24 hours . Senang kata bakal suami awak tu tak boleh langsung nak berenggang dengan saya . Biasalah , isteri hot and spicy macam saya ni limited sekali dalam dunia . Nak pula saya ni pun kahwin dengan orang yang memang hot and spicy juga jadi boom ! Meletup ! " rancak Seroja bercerita .
Wajah Shamina sudah memerah padam . Seroja tersenyum sinis . Tak la susah sangat nak bakar hati Shamina ini . Dengan sedikit kata-kata dah boleh buat gadis ini berasap habis .
" Saya tak kisah kalau awak nak jadi isteri Qaid tapi lepas kahwin jangan menyesal sudahlah . Awal-awal la saya minta maaf pada awak yang bakal suami awak tu tak boleh langsung nak berenggang dengan saya . Takut awak pula yang sakit hati "
" Itu sebab kau goda dia la ! "
" Dah nama pun isteri kan ? Tak salah nak goda suami sendiri . Awak ? Belum kahwin dah goda dulu . Tak suprise ! Tak suprise ! " dia menyudahkan kata-kata pedasnya sebelum dibawa langkah untuk masuk ke dalam rumah .
Saat itu dia terkejut bila abah berdiri di muka pintu . Encik Al-Qassam menaikkan ibu jari tanda bagus kepada Seroja . Gadis itu tersenyum malu sebelum dibawa langkah masuk ke dalam .
Encik Al-Qassam dengar segala apa yang Seroja lontarkan pada Shamina . Dari awal hingga habis . Memang dia kagum dengan menantunya yang berani berkata sinis pada gadis seperti Shamina .
Abah bergerak keluar daripada pintu memandang Shamina yang statik berdiri dengan emosi marah . Sedar kemunculan abah , gadis itu berdehem kecil dan tersenyum pada Encik Al-Qassam .
" Uncle " dia menyapa sopan . Rambut yang lebih diselit kebelakang telinga .
" Umi ada kat dalam . Masuklah " acuh tak acuh sahaja Encik Al-Qassam mempelawa . Lelaki itu terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Shamina .
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
عاطفية04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...