DIA meneguk satu cawan air kosong rakus usai memasukkan dua biji paracetamol ke dalam mulutnya . Ditelan perit sebelum dia menghela nafas perlahan .
Setelah membersihkan diri , dia mendapati dirinya uzur pula tiba-tiba . Nasib sahaja dia bertanya kepada gadis-gadis yang turut ada di kelab ini tentang tuala wanita . Perutnya mula sakit dek cakaran iblis yang mula menganggunya .
Tubuh direbahkan di katil dua tingkat di bilik yang memang tersedia di dalam kelab malam ini . Siang kelab ini ditutup dan malam dibuka aktif sehinggalah subuh . Begitulah operasi kelab ini dijalankan .
" Kira nasib kau la uzur . Orang tak akan kacau kau " dia yang tadi menutup mata membuka matanya memandang seorang gadis yang berada di katil sebelah . Dia faham maksud itu dan membuat tidak endah sahaja .
Dia demam dan perlukan rehat . Malam nanti dia berharap Alvise akan datang untuknya . Untuk menyelamatkan dirinya .
Moga lelaki itu menepati janjinya nanti .
════ Qᴀɪᴅꜱᴇʀᴏᴊᴀ ⚘ ════
Qaid , Nurhan dan Alvies masing-masing sibuk menjamah makan tengah hari bersama di Rosebud Cafe . Senyuman Alvise melebar bila spaghetti bolognese itu masuk melalui kerongkongnya .
" Sedap macam dulu ! " Qaid tersengih melihat rakannya itu . Alvies sama macam Nurhan . Suka sangat makan masakannya atau makanan dari cafe miliknya .
" Ye , aku belanja . Tak payah kau nak puji-puji aku la ! " Qaid menjeling rakannya itu . Nurhan dan Alvise mula tertawa . Macam itulah bila nak minta Qaid belanja makan di cafenya .
Jimat duit kan ?
" Haa Alvies ? Macam mana syarikat kau kat Itali tu ? Okay dah ? " Nurhan bertanya sambil memandang rakannya itu . Sudah lama sebenarnya tidak berjumpa dengan Alvies bila tiga tahun lelaki itu sibuk di negara kelahirannya .
" Everything is fine . Biasalah kan syarikat kejap naik kejap turun . Kalau tak okay aku tak balik sini . Sorry bro masa kau kahwin aku tak ada "
" Lambat la kau nak kata sorry ! Isteri aku sampai dah pregnant anak kedua kami dah " terbeliak mata Qaid dibuatnya memandang Nurhan . Tisu diambil untuk mengelap kesan comot pada bibirnya .
" Serious la Yara pregnant lagi ? Wah ! Congrats Han ! " dia menepuk bahu rakannya . Nurhan mengangguk dan tersenyum ceria .
Berita Yara mengandung pun dia tahu pagi tadi bila mana isterinya itu mahu membuat pemeriksaan menggunakan alat pengesan kehamilan . Alhamdulillah , ada rezeki mereka mahu membuat kawan buat Nazmeen .
" Kita jelah tak kahwin lagi " Alvies bersuara pasrah . Nurhan memandang reaksi wajah dua sahabatnya itu . Terutamanya Qaid . Bab kahwin memang bab paling stres buat lelaki itu .
" Perempuan semalam tu . Kahwin la dengan dia " Qaid mula buka cerita dan itu membuatkan Alvies memijak kaki Qaid . Lelaki itu memandang mata kelabu lelaki Itali itu tajam .Nurhan sudah berkerut hairan . Ada apa-apa dia tak tahu ke ? Dah kenapa dua sahabatnya ini ? Macam Tom and Jerry pula sekarang .
" Perempuan mana ? " Nurhan mula bertanya . Sah ! Qaid dan Alvies ada sorokkan sesuatu daripadanya yang dia tak tahu .
" Han , kau nak tahu ? Mamat ni turun club lagi semalam " persis budak-budak Qaid mengadu pada Nurhan . Membulat mata Nurhan dibuatnya .
" Astaghfirullahalazim... kau kata tak nak buat perangai terkutuk tu lagi , Alv ? Apa ni ? " Nurhan sudah memandang tajam lelaki itu . Marah dia kerana Alvies pernah berjanji tentang hal ini .
No more club ! Itu yang lelaki itu pernah katakan dahulu .
" Benda tak boleh tinggal , Han . Agama aku bukan larang pun bab ni . So tak apa la kan ? " dia tersengih dan Nurhan sekadar memberi pandangan malas mahu layan . Inilah dapatnya kalau berkawan dengan kawan yang beragama islam . Dengan sekali dia terjebak itu ini .
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romance04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...