YARA menghentak permukaan meja dengan penumbuknya . Terhinjut bahu Seroja dengan tindakan drastik gadis itu tadi . Wajah yang sedang menahan geram itu dipandang .
" Eee ! Tak malu ke perempuan tu nak suami orang ? " churros diambil dan dicicah pada sos coklat sebelum dimasukkan ke dalam mulut dengan hati yang panas .
Sakit hatinya bila Seroja menceritakan tentang Shamina yang mahu menjadi isteri kedua Qaid . Mereka kini sedang meluangkan masa berdua sementara suami masing-masing sibuk bekerja .
Yara yang mengajak Seroja keluar sebagai teman . Susah kalau keluar berdua dengan Nazmeen , anak perempuannya yang lincah itu . Gadis kecil itu bermain di taman mini kanak-kanak yang ada di restoran ini . Mudah mereka nak makan sambil memantau Nazmeen Yurfina .
" Umi yang nak dia jadi menantu "
" Seroja tak patut dengar cadangan gila umi Qaid tu . Cakap macam Qaid ni dah mati isteri je . Seroja masih isteri sah Qaid buat apa la nak disuruh Shamina tu jadi isteri kedua ? Lainlah kalau Qaid tu sendiri yang nak si Sha tu " dia mengunyah churros sambil mengomel . Seroja menahan lucu melihat tingkah ibu mengandung 6 bulan ini .
Dia rasa Yara ini comel sangat . Pagi-pagi sudah mengajaknya untuk keluar bersama pada waktu tengah hari hanya kerana mahukan churros coklat . Mengidam katanya .
Nak ajak Nurhan , suaminya itu sedang sibuk bermesyuarat dan dia tak nak menyusahkan lelaki itu .
" Seroja sanggup ke nak hidup bermadu dengan perempuan gila tu ? " selamba Yara mengutuk . Seroja tersenyum nipis sambil tangan mengacau air yang berada di dalam cawannya menggunakan straw .
" Kalau itu kebaikan untuk Qaid , Seroja okay je "
" Tipu la . Mana ada perempuan yang sanggup hidup bermadu ? Tak ada Seroja ! Yara ni dulu Nurhan kena kacau dengan ex wife dia tu pun Yara dah mengamuk tau "
" Han ada ex wife ? " Yara mengangguk . Nampaknya Seroja tak tahu tentang suaminya . Pasti Qaid tak ada cerita pada gadis itu .
" Tapi dah meninggal dah . Kalau Seroja ikut perkembangan Nurhan , Seroja mesti tahu . Ex wife Han ni meninggal sebab selamatkan Nazmeen kena culik dulu . Masatu tengah hit gila pasal kes hemlock . Sebab tulah "
" Innalillahi wainna ilaihi rajiun... " Seroja terkejut . Yara sekadar tersenyum nipis sebelum menyedut minumannya .
Tipulah kalau dia tak rindukan Layra , bekas isteri Nurhan itu . Gadis itu memang dia benci pada mulanya namun selepas arwah Layra dapat menerima hakikat yang Nurhan adalah milik Yara , mereka berdua menjadi kawan . Boleh dikatakan mereka berdua berkawan .
Dia amat berterima kasih kepada Layra Auren kerana telah menyelamatkan anaknya yang diculik setahun lalu . Masih segar peristiwa itu di dalam benak ingatannya .
" Tak nak la cakap pasal ni dah ! Ni Yara nak nasihat Seroja ni " dia memukul lembut tangan Seroja . Gadis itu menanti Yara untuk menyambung percakapannya .
" Seroja kena jadi perempuan kuat sikit . Bersuara untuk hak Seroja . Kalau tak suka cakap je dan tentang . Kalau orang paksa sesuatu yang Seroja tak suka , Seroja patut lawan . Jangan biarkan diri sendiri yang sakit demi kepuasan orang lain "
" Walaupun ibu mertua sendiri ? " Yara mengangguk .
" Kalau rasa benda tu baik , ikut . Kalau tak baik dan boleh menyakitkan hati , Seroja tinggalkan . Hidup ni kita bukannya patut nak puaskan hati orang je sampai hati sendiri yang sakit . Awak ni jangan baik sangat , Seroja " Seroja tersengih . Ye , dia terlalu baik dengan semua orang sampai hati sendiri tak terjaga .
Qaid pun katanya dia terlalu baik . Dia memang baik dengan semua orang . Ibu yang selalu mengajar dan mendidiknya untuk menjadi orang yang lebih baik .
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romance04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...