CHAPTER 32

1.2K 72 3
                                    

KELUAR sahaja dari kamar mandi , Qaid memandang pakaian kerja yang berada di atas katil . Badannya yang basah dengan air dilap sebelum rambut pula dikeringkan .

Baju kemeja berwarna biru itu dipandang kosong . Sudah digosok dan pasti isterinya yang masuk ke sini untuk meletakkan pakaian ini untuknya . Dia berdecit dan menggeleng .

" Moga tak cakap lagilah suruh aku ni pergi kahwin . Apalah dia ni fikirkan sampai macam tu sekali mintaknya " dia mengomel sendiri sebelum bersiap untuk pergi ke tempat kerja sebentar lagi .

Dalam pada masa yang sama , Seroja meletakkan pinggan di atas meja . Ada karipap yang panas digoreng . Mahu memujuk si suami yang merajuk dengannya itu .

Harap Qaid memaafkannya . Dia tak keruan kalau suaminya tarik muka lama-lama dengannya . Tiada Qaid boleh buatkan dia gila .

Saat itu dia terdengar pintu bilik terbuka . Itu tandanya Qaid sudah keluar daripada bilik . Mereka berdua tidur asing malam tadi . Nak sahaja Seroja seribu bilik lain untuk mendapatkan suaminya tapi sudah pasti nanti Qaid masih marah .

Dibiarkan lelaki itu reda dengan marahnya dahulu .

" Awak " dia memanggil suaminya yang membelok untuk ke muka pintu utama . Nampak sangat masih merajuk kerana lelaki itu tak menuju ke arah dapur seperti biasa .

Lelaki itu berhenti melangkah saat isterinya yang pendek itu berdiri di hadapannya . Dipandang gadis itu dengan tidak berperasaan sambil mengikat tali leher .

Tangan Seroja pantas memegang tali leher itu untuk diikat buat suaminya . Qaid sekadar membiarkan dan merendahkan sedikit tubuh untuk memudahkan urusan Seroja mengikat tali lehernya .

" Dah " dagu Qaid dicuit manja dengan senyuman . Qaid cuba menahan dari terus tergoda dengan senyuman cantik itu . Isterinya ini pandai untuk mengambil hatinya kembali .

Namun dia kena ego . Dia sebagai lelaki jangan terlalu bagi muka sangat pada isteri yang sudah menyakitkan hatinya semalam .

" Jom makan dulu ? "

" Harini tak mahu pergi rumah umi ? " dia menukar topik dengan nada dingin . Seroja menggeleng . Dia tak mahu berjumpa dengan umi disebabkan peristiwa semalam .

Tak kuat dia mahu tatap wajah umi . Nanti wanita itu kata itu ini padanya dan dia malas nak mendengar . Buat sakit hati dan menambah sakit kepala sahaja . 

" Hm okay " Qaid berura mahu beredar namun laju Seroja memegang lengan lelaki itu .

" Makanlah dulu " dia menghembus nafas perlahan . Terus dia turuti dan kedua-dua mereka melangkah ke arah dapur . Qaid mengambil tempat di satu kerusi menunggu isterinya menuangkan bihun goreng pada pinggannya .

Seroja duduk di hadapan Qaid melihat lelaki itu sedang makan . Qaid mengunyah dengan perlahan sebelum  memandang isterinya yang tersenyum padanya .

" Kenyang ke tengok muka orang ? " dia menggeleng .

" Ambil pahala tengok muka handsome suami sendiri " Qaid masih sama malas mahu melayan . Dia tak tahu sama ada isterinya ini sedang memujuk ataupun sebaliknya .

" Masih fikir soal semalam ? " dia menguji isterinya dengan pertanyaan itu . Mahu lihat reaksi Seroja yang memang tekad benar malam tadi .

Gadis itu terdiam sejenak dan mengangguk . Qaid berdecit dan merenung tajam isterinya . Dia tak faham betul dengan gadis bertuah yang berada di hadapannya kini .

" Kenapa ? Dah kenapa nak suruh kita ni kahwin lain ? "

" Sebab kita nak awak bahagia "

" Astaghfirullahalazim.... apa yang tak bahagianya , Seroja Airis ? Kita ni ada awak dah kira cukuplah . Syaitan mana yang hasut awak sampai fikir begini ? " dia bertanya dingin . Naik geram betullah dia kalau begini perangai Seroja .

QAID BUAT SEROJAWhere stories live. Discover now