CHAPTER 30

1.4K 65 0
                                    

SEJAMBAK bunga ros putih diberikan pada isterinya usai gadis itu selesai menukar pakaian hospital kepada pakaian miliknya . Nasib sahaja Qaid bijak memilih pakaian untuknya untuk ditukar sebelum pulang ke rumah .

Seroja menguntum senyuman sebelum sejambak bunga ros putih itu bertukar tangan . Wajah suaminya yang bahagia dipandang seketika .

" Thank you . Tapi kenapa ros putih ? Haritu pun awak bagi bunga yang sama "

" Because I like white rose more than red rose . Bunga ros putih ni ada maknanya tau . Melambangkan cinta yang suci . Kita tak suka bunga ros merah sebab yelah Alvies kan pernah bagi cinta ros merah . Menyampahlah " Seroja tertawa sebelum dia mencubit pipi suaminya .

Aduhai... kisah lama pun nak cemburu juga ke suaminya ini ? Kelakar betul ! Nasiblah comel sahaja .

" Eh ! Ros merah tu cantik tau . Tahu tak maknanya apa ? Ros merah maknanya ikhlas dan berani . Orang yang bagi bunga ros merah ni tandanya dia sayang pada kita "

" Hek eleh sayang konon ! Kalau sayang kenapa Alvies tak kahwin je dengan awak ? Nak kata dia suka bunga merah dari bunga putih la tu ! "

" Hei ! " dia tertawa lagi sebelum ditampar lembut lengan itu . Nak merajuk pun agak-agaklah !

Qaid masih dengan wajah seriusnya yang benar-benar merajuk . Tak peduli dia dengan Seroja yang sedaya upaya cuba nak buatnya tersenyum sekarang .

" Cakap dulu merah ke putih ? "

" Yelah ! Kita pilih putih "

" Ceh ! Lambat ! " lelaki itu terus tertawa saat wajah Seroja sudah masam mencuka . Dia memeluk isterinya itu sebelum dikucup pipi Seroja berkali-kali .

Saja dia mahu mengusik gadis di hadapannya kini . Seroja menghadiahkan ketam pada suaminya . Apa punya perangai la susah benar nak tafsirkan .

════ Qᴀɪᴅꜱᴇʀᴏᴊᴀ ⚘ ════

Dia membawa isterinya itu ke rumah Encik Al-Qassam . Mahu mengkhabarkan tentang isterinya yang sedang mengandung sekarang ini .

Abah menghadiahkan senyuman buat Seroja yang duduk di sisi Qaid . Wajah itu masih pucat dan entah kenapa dia pun tak tahu . Sakitkah menantunya ini ?

" Kamu sihat Seroja ? Abah tengok muka tu asyik pucat je "

" Ada sebab bah muka dia ni pucat " dirangkul bahu Seroja sebelum diusap lembut . Dengan senyuman diukirkan kepada Encik Al-Qassam .

Saat itu juga Puan Zahara tiba bersama Qamar yang menatang dulang air . Masih dengan pandangan yang sama seperti semalam . Pandangannya tajam menikam mata Seroja yang laju sahaja menunduk .

" Haa kenapa ? Nak mengada sakit kat sini ? " bidas Puan Zahara laju sambil menuang air ke dalam gelas . Hanya tiga gelas sahaja dia bawa dan tiada satu untuk Seroja .

" Apa kamu ni Zahara ? Ini menantu awak tau ! " abah memarahi umi . Tidak suka dia melebih-lebih melihat isterinya asyik nak menghentam Seroja sahaja .

Qaid menghembus nafas kecil sebelum satu cawan diambil dan diberi pada isterinya . Dia tahu cawan untuk Seroja tiada . Dia lebih suka berkongsi satu cawan dengan isterinya .

Kalau umi tak sudi pada Seroja biar dia bela isterinya sahaja .

Umi mengambil tempat di sisi abah . Tidak peduli dia dimarahi oleh suami sendiri tadi . Masih marah wajah itu pada Seroja dan juga Qaid . Seolah tiada kemaafan dia pada menantunya yang naif tidak bersalah .

" Haa kenapa dengan Seroja ? Kamu sakit ke ? Dah makan ubat ? " Qaid ukir senyumannya . Lega abah menerima Seroja tidak kira apa pun . Memang dia suka dengan cara abah yang tak cepat melatah seperti umi .

QAID BUAT SEROJAWhere stories live. Discover now